Connect with us

Semasa

[VIDEO] Tidak Malu Cuci Pinggan, Cari Wang Saku Untuk Sekolah & Bantu Keluarga

Rezeki yang halal datang dari pelbagai sumber asalkan kita sebagai manusia rajin dan berusaha bersungguh-sungguh.

Gadis 17 tahun gigih bekerja mencari duit saku

Tidak seperti kebanyakan remaja lain yang seusianya menghabiskan masa dengan bersosial dan bermain gajet, namun Iza Lydiatul Husna Mohd Rosli, 17 gigih keluar bekerja.

Dia tidak segan menggunakan peluang untuk mencari wan saku dengan mengambil upah mencuci pinggan dan menjadi pembantu di kedai makan .

Bekerja pada hujung minggu dan cuti sekolah

Dia akan bekerja pada hujung minggu dan cuti sekolah, Iza Lydiatul Husna menghabiskan masanya di kedai milik ibu saudara.

Dia akan membantu dikedai dan mendapat upah yang dikumpulnya untuk digunakan membeli keperluan sekolah dan membantu keluarga.

Selain itu, anak ketiga daripada lapan adik beradik ini dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Mula mencuci pinggan sejak berusia 15 tahun

Namun begitu, ia tidak mematahkan semangatnya malah menjadi pendorong untuk terus berusaha mencari peluang walaupun di usia masih muda.

“Saya mula menjadi pencuci pinggan di kedai sejak berusia 15 tahun lagi untuk mencari wang saku bagi perbelanjaan sekolah”.

“Walaubagaimanapun, dia bekerja ketika mempunyai masa terluang pada hujung minggu dan hari cuti yang tidak membabitkan sesi persekolahan atau kelas tambahan”.

Saya gembira mendapat upah dan mencari wang sendiri

“Ibu saya, Nor Azmahera Abdullah, 38, dan bapa, Mohd Rosli Che Seman, 50, pada awalnya menasihati saya untuk tidak menyusahkan diri bekerja”.

“Namun saya menerangkan kepada mereka bahawa apa yang saya lakukan sekadar membantu, tambahan pula, saya gembira mendapat upah dan mencari wang sendiri” lapor Harian Metro.

“Ada sahaja masa terluang, saya pasti meminta abah bawa ke kedai kerana sudah biasa dan gembira melakukan pekerjaan itu”.

Ayah akan menghantar saya ke kedai yang jauhnya 15 km

“Biasanya saya membonceng motosikal bersama abah untuk ke kedai yang jauhnya 15 kilometer dari rumah kami di Kampung Chenerai, Alor Pasir,” ujarnya.

Menurut Iza Lydiatul Husna lagi, dia menerima upah sebanyak RM30 sehari namun boleh mendapat lebih lagi bergantung kepada jumlah pelanggan.

Saya berkongsi rezeki ini dengan keluarga

“Saya tidak malu melakukan kerja di sini, malah gembira kerana boleh mencari wang saku sendiri”.

“Ada masanya saya boleh berkongsi rezeki ini dengan adik beradik yang lain termasuk ibu dan abah terutama ketika abah tidak dapat keluar bekerja sebagai buruh”.

Pelajaran tetap diutamakan

“Sebelum ini, ada sahaja rakan-rakan yang ajak keluar seperti ke bandar atau pusat membeli belah sekadar suka-suka, namun biasanya saya menolak dengan baik, kerana lebih selesa di kedai membantu ibu saudara”.

“Walaupun saya bekerja, namun pelajaran tetap diutamakan. Jika ada kelas tambahan pada hujung minggu, saya tidak ke kedai”.

“Saya akan hadir ke sekolah menimba ilmu memandangkan saya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya yang bercita-cita menjadi doktor suatu hari nanti.

Keluarga serba kekurangan dan dia perlu berusaha lebih

Disamping itu, dia dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, bapa pula mengalami masalah penglihatan yang turut mengganggu untuk keluar bekerja manakala, ibunya hanya suri rumah sahaja.

Difahamkan, mereka sekeluarga tidak mendapat sebarang bantuan menyebabkan dia perlu berusaha lebih jika mahu membeli peralatan sekolah kerana tidak mahu menyusahkan kedua-dua orang tuanya.

Semoga kisah ini menjadi teladan dan contoh yang baik buat kita semua. Moga cita-cita dan impian adik Iza tercapai suatu hari nanti.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.