Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Tiga Hari Demam, Shahir AF Kecewa Dihalau Dari Hospital

Sejak semalam tular video di media sosial memaparkan penyanyi Shahir AF yang meluahkan rasa kesal terhadap segelintir petugas di sebuah hospital di Shah Alam yang enggan melayannya untuk berjumpa doktor. Menerusi video tular itu, Shahir memberitahu atas rasa tanggungjawab dia menggagahkan diri memandu ke hospital pada jam 2 pagi dan perlu melalui dua sekatan jalan […]

Semalam tular satu klip video di media sosial memaparkan penyanyi terkenal, Shahir AF yang meluahkan rasa kesal terhadap segelintir petugas di sebuah hospital.

Insiden tersebut difahamkan berlaku di Hospital Shah Alam di mana para petugas didakwa enggan melayannya untuk berjumpa doktor.

Di dalam video tular itu, Shahir memberitahu atas rasa tanggungjawab dia menggagahkan diri memandu ke hospital pada jam 2 pagi.

Malah, Shahir perlu melalui dua sekatan jalan raya untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut selepas mengalami demam selama dua hari.

Kalau bukan kecemasan saya tak datang

“Saya bertanggungjawab datang seorang diri dari rumah sebab saya sudah tak tahan demam sudah 2 hari. Kalau bukan kecemasan saya takkan datang.”

“Saya nak minta KKM berrtanggungjawab sebab diarahkan balik dan perlu ke klinik kesihatan pagi esok.”

Hampir kemalangan

Shahir memberitahu sepanjang perjalanan itu dia hampir muntah, pitam bahkan juga hampir kemalangan.

“Sepanjang perjalanan saya hampir muntah, nak pitam dan hampir kemalangan. Saya datang sebab saya betul-betul sakit sebab itu saya datang.

“Kalau demam itukan simptom Covid-19, saya duduk sendirian kalau apa-apa jadi saya tak sedarkan diri siapa yang tolong?” katanya.

Petugas arah pulang

Klip video tersebut difahamkan telah dirakam oleh Shahir ketika berada di perkarangan unit kecemasan hospital.

Walau bagaimanapun Shahir telah diarah pulang oleh petugas yang menjaga di luar pintu utama dan diarah untuk tidak merakamkan sebarang bentuk visual.

Tiada niat memburukkan mana-mana pihak

Shahir menegaskan dia tiada mempuanyai sebarang niat untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi tindakannya itu adalah untuk mewakili individu lain yang turut menerima nasib sama.

Malah menurutnya lagi, dia sudah terlebih dahulu membeli ubat dari farmasi ekoran kesihatannya merosot.

6 biji panadol

Tambah Shahir lagi, dia sudah menelan 6 biji panadol dan 3 ibuprofen sebelum pergi ke hospital.

“Saya sebenarnya sudah 2 hari demam, makan enam biji Panadol Actifast dan 3 biji ibuprofen.

“Malam ini saya rasa badan terlalu panas dan tak boleh tidur, jadi saya paksa diri keluar sebab saya takut tak sedar esok.

“Saya tak diizinkan langsung jumpa doktor. Saya datang sebab betul-betul sakit. Saya datang serah diri, tak boleh ke tolong periksa saya?

“Takkan tak ada sedikit tolak ansur, jadi saya minta tolonglah ambil berat kepada insan yang memerlukan,”

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Shahir namun mengatakan dia tidak sepatutnya merakam kejadian itu di hospital.

Malah ada juga yang mempersoalkan kenapa Shahir tidak pergi ke hospital swasta.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.