Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Timbul laa dikkk” Ibu Setia Menanti di Tepi Sungai, Jasad Afiq Akhirnya Ditemui

Sejak akhir-akhir ini, kes lemas sering dilaporkan terjadi ekoran musim hujan yang kerap berlaku.

Kejadian lemas adalah keadaan di mana oksigen terhalang atau tersekat daripada memasuki saluran pernafasan akibat tenggelam dalam air.

Perkara itu akan menyebabkan kita kekurangan oksigen dalam darah dan boleh mengakibatkan kerosakan tisu serta mati otak.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan banyak berita kes lemas dibawa arus seperti mangsa-mangsa di Titian Hayun dan juga di kes tentera hanyut Sungai Pahang.

Terbaru, turut berlaku di Sungai Dungun, Terengganu ketika dua orang sahabat dikatakan lemas di bawa arus ketika sedang mandi di sungai itu.

Walau bagaimanapun, salah seorang dari mereka berjaya diselamatkan dan mangsa yang seorang lagi hilang ditenggelami sungai.

“Timbul la Dik”

Lebih mendukacitakan apabila kakak kepada Ahmad Afiq Firdaus Che Yusof iaitu mangsa di tempat kejadian mengkhabarkan ibunya setia menunggu kehadiran Afiq sejak adik bongsunya itu dikhabarkan hilang.

Pencarian jasad mangsa dilakukan selama dua hari namun ibunya masih ingin menunggu di pinggir sungai dan berdoa agar jasad anaknya timbul di permukaan sambil memeluk erat baju yang dimiliki oleh anak bongsunya itu.

Menurut ibunya, selepas selesai makan nasi dia telah mendapat panggilan telefon daripada rakan anaknya dan mengkhabarkan bahawa anaknya tidak dapat diselamatkan.

Luluhnya hati seorang ibu saat anaknya dikatakan lemas dan tidak dapat diselamatkan tatkala dia baru sahaja melihat anaknya pergi meminta izin untuk bergembira bersama rakan-rakan.

Tambah rakannya pula iaitu Mohd Zulfadzli, mereka berdua mandi bersama sebelum mereka merasa ada kekejangan otot yang berlaku pada kaki dan sejurus selepas itu Afiq didapati tenggelam timbul sebelum hilang daripada pandangan Mohd Zulfadzli juga berkata dia sempat berpaut pada buluh dan diselamatkan oleh orang lain.

Jasad Mangsa Tersangkut Pada Enjin Tongkang

Komander operasi PKPgB Sharizal Bin Shamsudin Ketua Balai Dungun melaporkan operasi menyelamat telah diperluaskan sehingga ke Kuala Dungun menggunakan teknik menyelam dan mencari di permukaan dan di sepanjang arus sungai.

Penantian si ibu akhirnya berakhir apabila jasad Ahmad Afiq telah ditemui tersangkut pada enjin sebuah tongkang pasir berhampiran dengan sungai kira kira 3.3 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Video tular di laman Facebook

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun Shahrizal Shamsudin berkata mayat Ahmad Firdaus Afiq Che Yusof, 21, ditemukan pada pukul 8.15 pagi tadi oleh petugas yang sedang menjalankan kerja-kerja menyedut pasir pada jarak 3.3 kilometer, lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tamat sepenuhnya pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian Selasa lepas, Ahmad Firdaus Afiq dilaporkan lemas ketika mandi bersama lima rakannya.

Seorang daripada rakan mangsa Mohd Zulfadhli Mohd Hasmadi, 21, juga nyaris lemas kerana mengalami kekejangan kaki namun sempat diselamatkan orang awam namun, Ahmad Firdaus Afiq yang ketika itu dalam keadaan ‘tenggelam timbul’ gagal diselamatkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.