[VIDEO] Tok Ti Kesal Lagu Baru Buat Frontliner Dimuat Naik Kembali Secara Haram
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menghasilkan sebuah lagu baru yang bertajuk ‘Basyirah’.
Lagu tersebut dihasilkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan frontliner yang berusaha mengekang penularan wabak COVID-19
Sementara itu, Tok Ti mendedahkan lagu berkenaan bukanlah sebuah lagu hiburan semata-semata, tetapi lagu berkenaan didedikasikan untuk semua petugas barisan hadapan yang sanggup berkorban.
Lagu ini tanda sokongan kepada frontliner
Menurutnya lagi, lagu ini merupakan tanda memberi sokongan kepada mereka yang sudah berjuang untuk negara dan bertungkus lumus bagi memastikan kesejahteraan negara.
“Alhamdulillah, single Basyirah telah berada di semua digital platform. Purchase & stream ya semua”.
“Tidak hanya sebuah lagu untuk hiburan tetapi saya melagukan supaya maknanya sampai, rasanya sampai dan setulus dedikasi untuk semua ‘KITA’ yang menjadi barisan hadapan”.
“Bagi saya selain frontliners yang berkorban dalam keadaan sekarang, kita juga berperanan untuk mendukung mereka”.
Jangan pentingkan diri sendiri
Sementara itu, beliau turut meluahkan rasa kesal kepada segelintir golongan yang tidak menghormati hak ciptaan orang lain
“Apalah ertinya Khabar Gembira atau Basyirah, jika masih ada dalam kalangan kita merasakan sesebuah karya itu boleh dirampas, dijadikan hak kepentingan diri, diperkotak-katikkan hak ciptaan”.
“Kita tidak akan menang atau menjadi nombor satu dengan sifat rakus memuatnaik dan menyebarkan lagu yang tidak sampai sejam pun dilancarkan dengan cara ilegal”.
Belajar hormat hak orang lain
“Belajarlah menghormati dan menghargai penat lelah dan hak orang lain” tulis beliau lagi.
“Terima kasih kepada semua yang telah mendapatkan lagu Basyirah, semoga berkenan di hati dan sama-sama menghayati”.
Sementara itu, lagu Basyirah ini telah dilancarkan sejak tengah malam tadi.
Lirik oleh Fedtri Yahya dan komposer Hafiz Hamidun
Ia merupakan hasil ciptaan pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya dan komperser terkenal, Hafiz Hamidun.
Walaubagaimanapun, Tok Ti meluahkan kekesalan keatas beberapa pihak yang memuat naik lagu berkenaan secara haram.
Malah, beliau menasihatkan pada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab agar belajar menghormati dan menghargai penat lelah dan hak orang lain.
Semoga kita saling menghormati hak orang lain dan tidak mengambil kesempatan ke atas hasil kerja mereka dengan sesuka hati.