Sebelum ini, pelakon Nonny Nadhirah mendapat perhatian para peminatnya apabila beliau memuatnaik sekeping gambar di laman instagramnya.
Nonny yang pada ketika itu pulang dari menunaikan ibadah Umrah dan memuaatnaik gambarnya bersama Heliza Helmi dengan imej bertudung.
Fotonya itu sehingga kini telah menerima lebih 10 ribu likes daripada para peminatnya di Instagram.
Terbaru, di dalam satu perkongsian, Nonny ternyata tidak mampu membendung airmata ketika berkongsi kisah penghijrahannya.
Nonny Nadirah berkata dahulu cintanya terhadap manusia membuatkannya dirinya alpa kepada Allah.
Walaupun mengakui percaya kebesaran Yang Maha Esa, akan tetapi masih tiada perasaan keberadaan Allah di dalam hidup membuatkannya terus leka dan berbuat dosa ketika itu.
Katanya lagi dalam satu temu bual di program Salam Hijrah, jika kita percaya Dia ada, baru kita betul-betul akan ada perasaan bersalah, perasaan takut. Sebab itu kita berani buat benda bukan-bukan.
Nonny juga percaya tentang kematian dan atas sebab itu dia tidak mahu menyibuk hal orang lain dan sentiasa muhasabah diri.
“Saya rasa nak bertudung adalah, kita manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Apa yang saya selalu pesan kepada diri adalah jangan suka mencari kesalahan orang lain.
“Saya muhasabah diri untuk menjadi orang yang lebih baik, sebab itu saya bertudung. Dan kita percaya mati itu pasti.”
Kongsinya lagi, cinta kepada makhluk melebihi cintanya kepada Allah membuatkan hidupnya terus tidak tenteram.
“Allah nak uji kita bila kita sayang sangat dengan sesuatu itu, seperti makhluk, anytime Dia boleh tarik. Ada seorang kawan berkata, mungkin saya terlalu sayang dekat makhluk ini sehingga saya lupa dengan Dia.
“Saya terus tersentak. Saya tiada jawapan. Saya tak salahkan orang lain. Saya salah diri sendiri. Saya perbaiki diri saya.
“Ya Allah, Kau jadikanlah aku orang yang lebih baik daripada sebelum ini. Kau angkatlah doaku, Kau makbulkanlah doaku. Saya menangis atas tikar sejadah.
“Saya menangis. Saya menangis. Saya menangis. Saya menangis. Saya menangis. Setiap hari saya menangis. Saya merintih dengan Dia.
“Ya Allah, tolonglah aku Ya Allah, tolonglah aku. Ya Allah, tolonglah aku. Aku sakit Ya Allah, aku sakit dan aku sedih,” sesi luahan terhenti beberapa kali apabila Nonny tidak mampu menahan tangisan.
Walaupun risau dengan perubahan penampilan yang mungkin menjejaskan periuk nasinya dalam dunia lakonan, ulasnya, Allah ada perancangan yang lebih baik.
Nonny juga bersyukur peminat terus mendoakannya untuk menjadi yang lebih baik dan kekal istiqamah.
“Di mana saya risau, orang boleh terima ke aku bertudung ni. Tapi saya percaya itu dengan izinNya.
“Tapi seorang sahabat saya berkata, apabila kita ingin berubah ke arah yang lebih baik, Allah akan angkat darjat kita kepada yang lebih baik.
“Teruskan mendoakan saya, dan saya akan terus doakan kalian. Semoga kita dapat berpimpin tangan untuk masuk syurga”
Nonny juga menzahirkan rasa terima kasih di atas sokongan dan nasihat untuknya terus istiqamah daripada Heliza Helmi dan Mila Jirin.