Sejak pelaksanaan PKP, aktiviti menghias ruang rumah dengan pelbagai tanaman pokok semakin menjadi kegilaan ramai.
Antara pokok yang sering menjadi pilihan ramai adalah pokok keladi.
Cantiknya pokok keladi pada pandangan mata kita pastinya bila melihat adanya pelbagai warna dan bentuk daunnya yang berbeza-beza.
Tidak terbatas pada satu warna, bahkan memiliki corak-corak tertentu yang memukau.
Pokok keladi kegilaan “mak-mak” ini sangatlah mudah untuk dijaga dan jika bernasib baik, baka pokok keladi yang menarik juga boleh didapati secara percuma kerana banyak tumbuh di sekitar kawasan hutan atau ladang kelapa sawit.
Walaupun pun kita boleh memperolehinya dengan mudah, namun ada juga diantara masyarakat yang kurang didikan moral membuat keputusan untuk mencuri tanaman orang lain.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang lelaki dan wanita dipercayai datang ke sebuah masjid di Kelantan pada pagi subuh.
Wanita tersebut kemudian turun dari motosikal yang dinaikinya sebelum dengan selambanya dia mengambil dua pasu pokok keladi di hadapan masjid berkenaan. Kedua-dua individu tersebut segera meninggalkan perkarangan masjid selepas usai mencuri pokok keladi.
Video yang berdurasi 1 minit 35 saat mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata geram dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Tuan empunya pokok tersebut sempat bergurau sinis di dalam video tersebut dan memberitahu agar cepat insaf dan tidak melakukan perkara itu lagi.
“Dia taknak satu, satu tak cukup, boleh muat lagi raga motor tu” katanya ketka wanita itu mencuri 2 pasu pokok keladi.
“Nasib baik dia datang dengan motor Kriss biasa, kalau tak dia habis dia angkut dengan meja sekali, esok datang gulung karpet pula”
“Kepada akak tu, tolong ya, kita tak minta balik pun pasu tu cuma insaflah kak”
“Kalau akak tu tengok video ni, akak datang lah rumah kita, kita ada banyak lagi pasu” kata empunya pokok keladi sambil ketawa sinis.
Video tular di laman Facebook
Sampai ‘owner’ pasu sendiri tak tahu nak cakap apa dah, nak marah benda dah jadi. Apa yang lagi pelik, dalam banyak-banyak pokok keladi juga dia nak ambil angkara viral.
Apa-apa pun, semoga kedua-dua individu berkenaan tidak mengulangi kesilapan yang sama.