Connect with us

Viral

[VIDEO] Tular Lelaki Bonceng Jenazah Ibu Dengan Motosikal di Tengah Jalanraya

Seorang lelaki telah membawa jenazah ibunya dengan motosikal di Boyolali, Jawa Tengah.

Menerusi laporan Liputan 6, lelaki yang berasal dari Desa Kedunglengkong itu mengalami gangguan mental, membawa jenazah ibunya yang meninggal di rumah saudaranya untuk dikebumikan sendiri.

Wakil Ketua Polis Boyolali, Ahmad Masdar Tohari mengesahkan kejadian itu.

Katanya, jenazah itu dibawa Sutejo, 50, dari Desa Jambungan di daerah Banyudono ke Kedunglengkong di daerah Simo.

Ibunya, Ginem Suharti, 80, yang dipercayai meninggal dunia antara 8 pagi hingga 10 pagi waktu tempatan.

Kisah itu tular di media sosial selepas dirakam dan dikongsi oleh orang ramai.

“Jadi orang yang membawa jenazah itu ada gangguan jiwa. Jenazah itu mau dimakamkan sendiri oleh anaknya. Karena warga curiga kemudian ditolong, disucikan, dan dimakamkan,” katanya.

Menurut Ahmad, Suharti meninggal di rumah anak perempuannya yang bernama Sri Suyamti yang beralamat Desa Jembungan, Kecamatan Banyudono.

Jenazah Suharti kemudiannya dibawa menggunakan motor yang dipasang papan di bahagian belakang untu mengikat jenazah.

Selepas itu, jenazah terus dibawa menuju ke makam Sucen, Kedunglengkong.

Orang ramai yang melihat kemudian menyarankan agar jenazah dibawa ke ‘rumah duka’ dulu untuk dimandikan.

“Menurut informasi, setelah tiba di Kedunglengkong, pada saat itu jenazah belum disucikan, masih memakai baju lengkap dan di bungkus kain jarik, kemudian anaknya dipujuk agar membawa jenazah ke rumah duka di Selorejo.

“Dia meninggal di rumah anak perempuannya dan jenazah dibawa menggunakan motosikal secara melintang di bahagian belakang.

Video tular bawa jenazah ibu dengan motor

“Jenazah berkenaan mahu dikebumikan sendiri oleh anaknya itu.

“Curiga dengan keadaan itu, orang kampung membantu pengurusan jenazah sehingga selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Sucen Timur,” katanya.

Ahmad memberitahu lagi, pada jam 1 tengahari, jenazah dimakamkan di pemakaman Sucen Timur.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.