Malaysia terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama. Kita disarankan untuk sama-sama menghormati antara satu sama lain.
Kepelbagaian ini yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Namun begitu, tanpa sokongan dan kerjasama dari rakyat ia boleh mengancam kesejahteraan negara.
Ada segelintir yang masih tidak menghormati agama kaum lain. Mempersendakan agama adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar.
Video persenda agama Islam
Terbaru, telah tular satu video yang dikongsikan oleh Myzan My di Facebook yang mempersendakan solat.
Video tersebut memaparkan mengenai seorang individu lelaki yang didakwa telah menghiina agama Islam.
Berlakon solat main-main
Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang individu tersebut dipercayai seakan melakukan solat secara pantas sambil disaksikan beberapa individu lain.
Ketika ia dilakonkan selain lelaki berbaju hitam, ada beberapa individu lain di dalam video seakan memberi arahan kepadanya.
Lelaki didakwa mempersendakan solat
Menurut Myzan My, lelaki ini berkongsi sebuah rakaman video yang dipercayai dimuat naik di akaun Instagram @mmmmmes0829.
Sementara itu dapat dilihat video yang berdurasi 28 saat itu menunjukkan seorang lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek hitam dipercayai sedang mendirikan solat dalam keadaan bermain-main.
Individu lain turut ketawa sambil merakam adegan solat
Selain itu, beberapa orang individu dikatakan turut ketawa melihat aksi lelaki tersebut sambil merakam.
Apa yang menyedihkan adalah perbuatannya itu didakwa seolah-olah menghiina agama Islam ketika negara sedang dilanda musibah.
Ekoran penularan video tersebut, video itu telah mendapat 28 ribu perkongsian di media sosial.
Netizen harap pihak berkuasa dapat tangkap lelaki itu
Ramai netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan perbuatan individu tersebut dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap lelaki itu serta merta.
Malah, orang ramai turut berharap individu-individu yang gelak dan merekod perbuatan tersebut turut ditangkap kerana perbuatan yang dilakukan sangat keterlaluan.
Semoga perbuatan ini menjadi pengajaran kepada semua tentang pentingnya menghormati kepelbagaian agama dan bangsa di negara ini.