Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Pepatah ini antara yang sering dikaitkan dengan jodoh dan pertemuan yang sudah ditetapkan olehNya.
Jika dah jodoh pasti kan tidak kemana, sekeras mana pun kita menafikan ia namun akan ada jalan yang mudah untuk dua jiwa disatukan pada akhirnya.
Lima bekas kekasih jadi dulang boys
Begitulah juga dengan kisah seorang wanita yang meraikan hari bahagianya bergelar seorang isteri menjadi tular di media sosial.
Wanita berkenaan dikatakan menjadikan lima orang bekas kekasihnya sebagai dulang boys pada hari bahagianya bersama suami tercinta.
Bercinta dengan orang lain berkahwin dengan lelaki lain
Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Zizu Aziz itu beliau berkongsi perjalanan hidupnya sebelum mendirikan rumah tangga.
Dalam rakaman video yang memaparkan perjalanan percintaan beliau dengan kelima-lima lelaki tersebut sebelum bertemu jodoh dengan suaminya.
Pernah dating semeja dengan kelima-lima bekas kekasih
“Betul la orang cakap, kadang kita ni jaga jodoh orang. Pernah setable dating ramai-ramai, last-last nikah dengan orang lain.”
“Bekas teman lelaki pertama hingga kelima jadi dulang boy je masa hari persandingan bekas teman wanita,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.”
Difahamkan, posting berkenaan telah dihujani dengan ratusan komen warganet dimana rata-rata tidak mempercayai wanita itu bertindak sedemikan dengan menjemput semua bekas kekasih ke majlis persandingannya.
Bergurau rupanya, kelima bekas kekasih adalah abang kandungnya
Apa yang mengejutkan ramia adalah wanita ini rupanya hanya bergurau dan tidak berniat apa-apa.
Rupa-rupanya semua bekas kekasih yang dikatakan itu adalah abang-abang kandung kepada Zizu.
Saya bongsu dan ada lima orang abang
“Kami adik-beradik, maaf kalau ramai salah faham. Saya anak bongsu dan ada lima orang abang,” katanya bagi mengelak salah faham.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen pujian terhadap wanita tersebut yang disifatkan bertuah kerana memiliki ramai abang sekali gus boleh bertindak sebagai bodyguard.
Tak perlu menjaga aurat ketika berkumpul di kampung
Malah ada yang turut berkata wanita ini bertuah kerana tidak perlu menjaga auratnya ketika berkumpul beramai-ramai di kampung.
Perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah berjaya meraih hampir 250,000 tontonan setakat ini.