Connect with us

Viral

[VIDEO] Tular Rider Hempas Makanan, Lelaki Ini Tegur Perangai Pelanggan

Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya pesanan makanan atas talian seperti GrabFood, FoodPanda, DeliveryEat dan banyak lagi.

Namunpun begitu, ada juga customer yang kelihatan ‘demand’ dan masih memegang dengan ‘Customer always right’ sehinggakan tidak memikirkan keadaan rider yang mencari rezeki.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang rider makanan berada dalam keadaan sangat marah mencuri perhatian warga netizen.

Menerusi video tersbut, dia kelihatan menghempas makanan yang sepatutnya dihantar sebanyak 2 kali di hadapan pondok pengawal sebelum dia beransur pergi.

Difahamkan, ramai netizen yang menyalahkan rider tersebut kerana tidak dapat menghantar makanan sehingga ke depan pintu rumah namun perlu kita tahu terdapat sesetengah kediaman tidak membenarkan orang sebarangan naik ke atas.

Oleh yang demikian, security hanya menjalankan tugas dengan tidak membenarkan rider untuk naik ke atas.

Ekoran video tersebut, seorang pengawal keselamatan yang juga bekerja sebagai rider makanan tampil untu memberikan teguran.

Dia menjelaskan bahawa pelanggan perlu mengetahui terdapat beberapa apartment yang tidak membenarkan rider menghantar makanan sehingga ke atas.

Jika pembayaran melalui ‘online’, rider hanya perlu hantar di pondok pengawal keselamatan dan boleh berlalu pergi sementara pelanggan perlu turun untuk mengambil makanan tersebut di pondok pengawal keselamatan.

Namun jika pembayaran melalui ‘cash’, rider perlu menghubungi pelanggan untuk turun ke bawah bagi mengambil makanan yang dipesan dan membuat bayaran.

Jadi dengan ini, pembayaran secara atas talian amatlah digalakkan bagi mereka yang tinggal di apartment yang tidak membenarkan rider untk menghantar makanan di depan pintu rumah.

Video yang tular di laman TikTok:

@khuzaimie_lemat1.0 Sekadar teguran buat customer yang di kasihi,Rider ada salah dan Customer pun ada salah. #foryoupage #fypシ #fyp #foodpanda #viral ♬ bunyi asal – CEO OF FOODPANDA

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 3.3M tontonan, 380.3K tanda suka, 9704 komen dan 5973 perkongsian di TikTok.


Namun walau bagaimana pun, pemuda ini tetap menegaskan bahawa cara rider itu menghempas makanan nyata salah kerana ianya merupakan rezeki daripada Allah dan setidakpun, sdekahlah kepada yang lebih memerlukan.

@khuzaimie_lemat1.0 Rajinkan diri membaca caption jangan dengar saja tapi tak faham juga maksud yang di sampaikan #foryoupage #fypシ #fyp #foodpanda #viral ♬ bunyi asal – CEO OF FOODPANDA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.