Pastinya ramai yang menyambut ulang tahun kelahiran sekitar penghujung Mac dan April semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tahun ini.
Walaupun sambutan haji jadi kali ini merupakan sambutan yang agak hambar berbanding sebelum ini namun setiap rakyat Malaysia perlu mengutamakan keselamatan ketika ini.
Setiap rakyat Malaysia perlu akur PKP dan sudah tentu ada yang menyambutnya berseorang tanpa kehadiran rakan-rakan dan juga ahli keluarga.
Sambut hari lahir bersendirian tahun ini
Hal yang sama turut dialami oleh seorang pelakon terkenal Kamal Adli apabila menyambut hari lahirnya pada hari ini secara berseorangan dirumah.
Menerusi laman Instagram pelakon berkenaan, beliau sempat berkongsi satu video lucu yang dimuat naik olehnya sendiri sempena hari lahir beliau.
Lengkap kemeja dan blazer sambut harijadi
Video lucu itu memaparkan scene beliau sedang menyambut hari lahirnya yang kelihatan meriah dengan jambatan bunga, kek harijadi dan belon seakan-akan dihadiri ramai orang.
Namun begitu, disebaliknya beliau hanya bercakap sendirian dengan belon-belon serta jambangan coklat serta bunga yang dikirim kepadanya.
Apa yang lebih lucu adalah bila melihat beliau memakai kemeja dan lengkap memakai blazer tetapi diakhir video rupanya beliau hanya memakai seluar pendek.
Kek special dari Uqasha
Selain itu juga, Kamal Adli ada memuat naik satu gambar kek hari lahirnya yang dikirim oleh pelakon cantik, Uqasha Senrose buat dirinya.
“Tq so soo muchhh for this cake. Terkejut tengah baring kek sampai. haihh nak cakap jugak sebab too special for me”.
“I really happy yang @uqashasenrose2 yang send this cake. Tq soo much dan duduk rumah baik-baik taw awk”.
Comelnya Kamad Adli dan Uqasha Senrose
Ekoran dari perkongsian tersebut, rata-rata peminat mereka berdua telah mengusik kedua-dua pelakon berbakat ini yang terlihat serasi bersama.
Netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat kamal Adli dan mendoakan agar pelakon itu terus berjaya dalam industri.