Pelakon dan pengacara yang sedang meningkat naik, Uyaina Arshad sejak kebelakangan ini selalu mendapat perhatian netizen.
Apatah lagi drama lakonannya berjudul Jujurlah Nikahi Aku meraih respon positif dan sokongan luar biasa daripada peminat drama tempatan.
Bagi para peminat Uyaina Arshad pastinya tahu Uyaina sangat aktif dan turut dikenali ramai sebagai pengacara.
Malah bakat wanita berusia 27 tahun ini bukan saja menyerlah di Malaysia tetapi juga di negara seberang, Indonesia.
Dengan pakej rupa yang ayu, memiliki ketinggian yang lampai serta wajah yang manis serta petah berbicara membuatkan Uyaina Arshad kini semakin popular dalam industri hiburan.
Terbaru, Uyaina Arshad telah membuat kemunculan pertama sebagai hos di rancangan hiburan popular, Meletop pada malam Selasa.
Kehadirannya menyerikan lagi program berkenaan dan membuatkan rata-rata penonton sangat senang dengan hos jemputan kali ini.
Ternyata, jemputan daripada pihak Meletop buat Uyaina Arshad sebagai hos kali ini membuatkan rata-rata meninggalkan komen positif buat selebriti jelita ini.
Malah, Uyaina Arshad juga dikatakan sangat layak untuk menggantikan posisi selebriti terkenal, Neelofa dirancangan berkenaan setelah dia mengundurkan diri pada akhir tahun lalu.
Uyaina Arshad dikatakan mampu dijadikan pengganti sekali gus menjadi pengacara tetap bergandingan dengan Nabil Ahmad kerana menyukai caranya yang dikatakan tidak over.
Menerusi Instagram, Uyaina Arshad juga sempat berkongsikan momen berkenaan kepada ramai dengan memuat naik foto ketika menjadi pengacara Meletop.
“Something to remember ♥️”
Uyaina Arshad ataupun nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad dilahirkan pada 16 November 1992 ialah seorang pengacara, pelakon, model, dan usahawan Malaysia.
Uyaina memulakan kerjaya awal dalam industri hiburan sebagai pelakon teater dan telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3 dan terkenal sebagai pengacara Nona (2016-2017) dan Wanita Hari Ini (2017-kini).