Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakkan menyebabkan kurangnya kenderaan yang berada di atas jalan raya.
Kerjaan juga mengumumkan kadar kemalangan yang rendah sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, siapa sangka ketika jalan tiada kenderaan lain, masih ada yang mengalami kemalangan dalam keadaan yang tak dijangka.
Lamborghini Huracan langgar Viva
Beberapa hari yang lepas, telah tular satu video yan menunjukkan satu kemalangan di antara sebuah Perodua Viva dan Lamborghini Huracan.
Di dalam video tersebut dapat dilihat kereta mewah tersebut melanggar bahagian belakang Perodua Viva sehingga menyebabkan remuk yang teruk.
Jika dilihat pada bahagian belakang keadaan kereta Viva itu sangat teruk dan pastinya memerlukan modal yang besar untuk diperbaiki.
Pemilik Lambo gantikan Myvi
Terbaru, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azman Nor, dia memaklumkan bahawa pemilik Lamborghini tersebut telah memberikan sebuah Myvi untuk menggantikan Viva yang rosak teruk.
Tindakan pemilik Lamborghini itu bukan sahaja mencerminkan nilai murni, bahkan membantu pemilik kereta agar tidak kehilangan sumber pendapatannya.
Difahamkan, pemilik kereta Viva tersebut adalah peniaga makanan yang mencari rezeki dengan menerima tempahan makanan dan dihantar ke rumah pelanggannya pada musim COVID-19 ini.
Rentetan daripada itu, netizen telah mulai membanjiri perkongsian berkenaan dengan memuji tindakan yang diambil oleh pemilik kereta Lamborghini yang menyelamatkan wanita tersebut daripada kehilangan sumber pendapatan ketika musim PKP ini.
Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih dan kagum dengan tindakan pemilk Lamborghini tersebut yang bukan saja mengaku salah tetapi berbesar hati menggantikan kereta yang lebih baik.