Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak. Antara ungkapan yang sering didengari kita.
Samalahnya juga dengan kehidupan berumah tangga. Ujian dan dugaan dalam berumah tangga, pastinya ada pasang surutnya.
Adakalanya ujian yang datang memberikan kekuatan buat pasangan untuk mengeratkan lagi cinta satu sama lain.
Namun begitu, apabila diduga dengan sesuatu yang tak dijangka, pastinya ada diantara mereka memilih untuk menarik diri demi kebahagiaan orang sekeliling.
Kena fitnah khalwat
Menerusi posting seorang wanita yang bernama Siti Rohayu di Facebook, dia didakwa telah difitnah orang seseorang sehingga ditangkap khalwat dirumahnya.
Walaupun ketika itu dia bersama suaminya yang OKU di dalam bilik, manakala adik angkat serta kakaknya berada di ruang tamu.
Apa yang lebih aneh adalah apabila keluarga mertua yang sebelum ini mengabaikan anak mereka yang terlantar sakit tiba-tiba turut sama ada di malam tersebut apabila dia dibawa ke pejabat agama kerana dituduh berkhalwat.
Datang tanya duit Insurans
Selain itu, menurutnya lagi keluarga mertuanya dikatakan merancang pelbagai helah untuk memisahkan mereka berdua.
Kemuncaknya apabila mereka turut serta berada di tempat kejadian semasa dia ditangkap dan ingin membawa suaminya balik ke pangkuan keluarga.
Mahu failkan penceraian
Tanpa diduga, mereka juga tidak henti-henti bertanyakan perihal duit insurans suaminya yang sebelum ini mengalami kemalangan sehingga tidak berdaya seperti sekarang.
Ekoran kejadian itu, wanita tersebut dikatakan akan menfailkan penceraian kerana sudah tidak mampu menanggung derita akibat difitnah.
Kisah pasangan ini pernah tular
Terdahulu, Kisah mereka yang pernah tular sebelum ini sehingga menarik minat pengarah drama memgadaptasikan perjalanan hidup mereka.
Kini akhirnya dia akur dengan desakan sekeliling sehingga terpaksa mengambil keputusan yang sangat sukar ini.
Bulan mulia harap ada sinar baru
Kisah ini turut mendapat perharian netizen yang mula memberikan pelbagai reaksi mengenai kes tersebut.
Netizen juga berharap agar wanita tersebut serta anak-anak dapat bertahan dan pastinya ada kebenaran disebalik hal yang berlaku.
Sementara itu, dalam muat naik video terbarunya, dia meminta agar orang ramai tidak menghentam pejabat agama kerana mereka hanya menjalankan tugas berikutan mendapat laporan daripada seseorang.
Selain itu, dia juga meminta agar memberikan pihak tersebut ruang untuk menjalankan siasatan diatas apa yang berlaku.
Semoga segala perselisihan faham yang berlaku menemui jalan terbaik untuk semua pihak yang terlibat.