Ramai yang memilih kucing sebagai binatang peliharaan mereka. Selain comel dan manja kucing juga mampu menjadi teman apabila keseorang di rumah.
Gelagat kucing yang manja dan menghiburkan juga menjadikan binatang ini sering menjadi pengubat luka dan kesunyian.
Malah ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memilikinya dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Suami sanggup beli rantai emas buat kucing kesayangan
Begitulah juga dengan kisah yang seorang pencinta kucing yang tular di aplikasi TikTok ini yang mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian seorang pengguna aplikasi TikTok ini, Nurul Shahida Ali berkongsi satu video suaminya membelikan kucing peliharaan mereka seutas rantai emas.
Rantai emas dihiasi dua biji loceng buat si bulus
Dalam video tersebut, kelihatan seutas rantai emas yang dihiasi dua biji loceng terletak cantik di dalam sebuah kotak.
Kemudian kucing tompok oren putih itu tanpak manja ketika dipakaikan perhiasan tersebut di leher haiwan berkenaan.
Isteri dakwa suami lebih sayang kucing dari dirinya
Nurul Sahida sempat bergurau menjadi cemburu dengan kucing tersebut gara-gara suaminya lebih menyayangi kucing berkenaan berbanding dirinya.
Malah dia sempat berpesan kononnya kegembiraan kucing tersebut akan berakhir apabila suaminya keluar bekerja nanti.
Video raih hampir 115,000 tontonan
Perkongsian tersebut telah berjaya meraih hampir 115,000 tontonan setakat ini dan mendapat lebih 6000 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat si bulus yang menerima hadiah istimewa tersebut.
Malah mereka juga turut kagum dengan sikap prihatin suami isteri ini yang sanggup menghadiahkan seutas rantai emas buat kucing peliharaan mereka.