Connect with us

Viral

[VIDEO] Wanita Jual Rumah Besar Hanya RM292 Kerana Tak Tahan Dengan Jiran Sebelah

Zaman sekarang, harga rumah semakin meningkat. Walhal di kawasan pedalaman sekali pun harga rumah tetap melambung.

Namun berbeza pula dengan kisah seorang wanita ini.

Baru baru ini tular di media sosial, seorang wanita yang tinggal Indonesia menunjukkan sebuah rumah dijual pada harga yang sangat murah, 1 juta rupiah (RM292) kerana pemilik rumah itu tidak selesa dengan jirannya.

MenerusI video tersebut, lelaki yang merakam video itu datang bertemu dengan wanita pemilik rumah untuk membeli rumah yang dijual dengan harga murah tersebut.

“Puan Siti, katanya nak jual rumah dengan harga sejuta ya?” tanya lelaki berkenaan.

Ketika ditunjukkan rumah yang hendak dijual, ternyata rumah berwarna cream dicampur dengan warna biru itu mempunyai ukuran yang luas dan berlantai seramik.

“Mak aih, besar betul rumah ni,” katanya.

Siapa yang tak nak beli jika rumah besar dan selesa nak dijual dengan harga cuma RM292?

Apabila ditanya mengapa rumah itu hendak dijual, Puan Siti memberikan alasan dia tidak selesa dengan jiran sebelahnya.

Langsung memberi wang pendahuluan

Pembeli rumah tersebut menyerahkan wang pendahuluan 50 ribu rupiah (RM14.60) untuk membeli rumah tersebut kerana tertarik dengan keluasan rumah itu.

Namun dia pun berubah fikiran setelah melihat jiran yang dimaksudkan oleh wanita itu.

Betul-betul bersebelahan dengan kawasan perkuburan!

“Peh! Kawasan kubur! Patutlah puan rasa tak selesa. Aduh! Tak jadilah nak beli, terima kasih puan,” katanya yang terus berlari meninggalkan rumah tersebut.

Ingatkan tak selesa sebab jiran bergaduh suami isteri atau ada perselisihan faham, rupanya tak selesa sebab kawasan perkuburan! Memang kental siapa yang berani beli rumah ni!

@bro_tempedi jual nih rumah..murah 😊👍🏻##MerdekaCatetRibet ##fyp

♬ suara asli – BRO_TEMPE

Sejak video itu dimuat naik, ia meraih tontonan lebih 5.5 juta views. Memang tak tidur malam lah nampak gayanya kalau macm ni.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang juga menolak untuk membeli rumah tersebut walaupun harganya sangat murah.

“Jangankan sejuta, diberi secara percuma pun aku tak nak,” kata netizen.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.