Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya akan berhadapan dengan ujian tersendiri.
Ada yang diuji dengan kesusahan rezeki, ada yang diuji dengan kesetiaan suami dan ada juga yang diuji dengan rezeki cahaya mata.
Seperti kisah ini, seorang wanita ini berdepan dengan situasi pasangannya didakwa bersama dengan wanita lain dibelakangnya.
Wanita cekup sendiri suaminya
Menerusi perkongsian di laman Instagram, satu rakaman video mengenai kecuranngan suaminya telah tular di media sosial.
Rakaman video tersebut menunjukkan seorang wanita mencekup suaminya yang curangg dalam insiden yang berlaku di Indonesia.
Suaminya bersama wanita lain di dalam bilik hotel
Dalam video tersebut, ketika serbuan dilakukan di sebuah bilik hotel di Palembang, Indonesia.
Apa yang menyedihkan adalah wanita itu mendapati suaminya hanya memakai seluar dalam bersama wanita lain yang dipercayai sedang melakukan hubunganintim.
Wanita menamparr muka suaminya tanpa henti
Olek kerana kecewa dan geram melihat perbuatan suaminya itu, wanita berkenaan berkali-kali memukuul dan menampar muka suaminya tanpa henti.
Sebelum ini video tersebut pada awalnya dimuat naik oleh wanita itu sendiri di Facebooknya sebelum dipadamkan.
Ramai yang menyokong tindakan wanita itu
Meskipun wanita itu telah memadamnya, namun video tersebut telah pun tersebar meluas di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai video berkenaan.
Malah, rata-rata netizen turut bersetuju dan menyokong tindakan yang dilakukan oleh wanita berkenaan.
Dah pernah curanng sekali pasti akan buat lagi
“Tak perlu kotorkan tangan sendiri, sudah cukup bukti yang ada dan serahkan kepada pihak berwajib untuk dikenakan tindakan,” kata netizen.
“Dah pernah curanng sekali, pasti akan buat lagi. Lebih baik tinggalkan saja lelaki camni kalau nak hidup senang dan bahagia,” tambah netizen lain.
Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran buat kita semua supaya lebih menghargai dan menyayangi pasangan masing-masing.