Malaysia terdiri daripada pelbagai negeri, bangsa, kaum dan agama yang membuatkan ianya berbeza dan unik. Oleh itu, mereka mempunyai adat tersendiri.
Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat itu sendiri.
Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana sepasang pengantin mengadakan majlis perkahwinan mengikut adat resam orang Banjar mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat turun oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Hadayati, kelihatan kedua-dua pasangan mempelai yang indah berbusana biru muda itu diusung di atas bahu ahli keluarga lalu diturunkan selepas sesi bersalaman.
Bagaimana pun, pengantin perempuan mengakui dia berasa gayat ketika diusung di atas bahu dan ia merupakan adat yang diamalkan oleh generasi suku Banjar di Perak.
“Sumpah gayat. Yang duduk Perak tahulah.”
Bagi mengelakkan salah faham, nenek kepada wanita ini tampil menjelaskan mengenai adat orang Banjar dan mereka perlu mengikut adat yang telah ditetapkan oleh suku Banjar Alai.
“Yang ini memang keturunan Banjar. Kami orang Banjar lain. Kalau tak buat memang akan ada yang pengsan. Kalau mandi pengantin (upacara) boleh buang, yang berjulang ni kami tak boleh buang.”
“Kami bukan Banjar Keluak tapi kami Banjar Alai.”
Video yang tular di laman TikTok:
Menerusi video lain, dia turut mengakui bahawa keluarganya cuba untuk ‘memutuskan adat’ tersebut namun bila pengantin langkah ke tanah tanpa diusung, mereka akan ‘tumbang’ sehinggalah mereka diusung semula.
Ketika artikel ini ditulis, vido tersebut telah meraih 1.5M tontonan, 86.4K tanda suka, 5482 komen dan 10.9K perkongsian di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ada yang baru mengetahui hal tersebut dan ada juga yang menyifatkan itu perkara biasa yang dilakukan oleh orang banjar sebagai adat mereka.
Dalam pada masa yang sama ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama mengenai adat orang banjar ini.