Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi detik cemas apabila ia terdengar pergaduhan yang berlaku di sebelah rumahnya.
Wanita yang dikenali dengan nama Jieha Nazzihah berkata ia berlaku di rumah jirannya sekitar jam 12 tengah malam.
Video yang dikongsikan oleh Jieha di akaun TikTok miliknya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di rumah tersebut.
Menurut Jieha dia melihat pintu rumah jirannya terbuka sebelum dia terdengar seperti ada adegan menarik rambut dan seperti tangan wanita itu ditarik dengan sangat kuat.
Kata wanita ini lagi, dia tidak tahu apakah punca pergaduhan tersebut kerana perbualan mereka kurang jelas.
Namun, berdasarkan video itu ia kedengaran bunyi yang sangat kuat seperti ada barang terjatuh atau dicampak ke lantai.
Video tular di Tiktok
Bagi menjawab pelbagai spekulasi tentang jiran warga asing (Nigeria) kepada netizen, Jieha telah memuat naik satu posting baharu dia akaun Tiktoknya.
Wanita itu berkata, dia meminta maaf kepada warga net kerana telah menimbulkan amarah yang mendakwa dirinya tidak bertanggungjawab dan tidak segera menghubungi polis.
Namun, wanita itu menidakkan perkara berkenaan dengan memberitahu bahawa dia telah pun beranikan diri membuat laporan kepada pengawal keselamatan di rumahnya sebaik sahaja dia mendengar perbalahan antara jirannya itu terhenti seketika kerana berasa bimbang dengan kejadian itu.
Jieha yang mendakwa dirinya sendirian dirumah turut merasa takut namun itu sahaja yang mampu dia lakukan demi membantu jirannya.
Dia juga turut memberitahu dia tidak menunjukkan mukanya setelah laporan dibuat.
Video penjelasan Jieha
Tambahan pula, keesokkan paginya dia mendapati jirannya itu telah pun keluar dari rumah tersebut dengan membawa bagasi miliknya.
Namun, ada juga netizen yang membuat spekulasi sendiri dengan membuat persoalan yang membimbangkan.
Jieha turut berkata, dia berharap agar jirannya itu baik-baik sahaja dan dia bersyukur kerana mempunyai keberanian untuk membuat laporan itu.
Dia mengharapkan agar netizen tidak membuat andaian yang buruk lagi.