Beberapa hari lepas telah tular di media sosial dimana seorang YouTuber terkenal didakwamenc@bbul seorang gadis ketika menjalankan penggambaran di sebuah inap desa di Kubang Kerian pada 1 Ogos yang lalu.
Youtuber yang berusia 22 tahun itu telah menyerah diri bagi memberi keterangan berhubung laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira jam 10.30 pagi pada 10 Disember lepas.
Terbaru, selepas beberapa hari ditahann dan tular di media sosial, YouTuber tersebut telah dibebaskan dan sahabat-sahabatnya sanggup datang dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk menemuinya.
Hal tersebut telah dimuat naik oleh salah seorang YouTuber terkenal di media sosial dengan mengucapkan syukur diatas pembebasan tersebut.
Selain itu, Youtuber tersebut telah memuat naik status di IG story dengan memaklumkan agar semua pihak menunggu keputusan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes yang sedang panas ini.
Dalam pada itu, Isaisarb yang datang ke Kelantan bertemu dengan rakannya telah memuat naik beberapa gambar pertemuan tersebut dan satu video bersama YouTuber terbabit.
Kedatangannya adalah demi memberikan sokongan kepada salah seorang sahabatnya yang sedang ditimpa masalah ketika ini.
Slide ke kanan untuk video
Terdahulu, seorang Youtuber diremman atas dakwaanmenc@bbul seorang wanita berusia 24 tahun.
Youtuber yang berusia 22 tahun ditahann selepas menyerahdiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
Kejadian yang berlaku di inap desa di Kubang Kerian itu ketika mereka sedang menjalankan satu penggambaran drama yang dikenalikan oleh YouTuber tersebut.