Connect with us

Selebriti

[VIDEO&FOTO] Majlis Pernikahan Elly Mazlein Bersama Jejaka Kuala Krai, Cikgu Azlan

Pelakon dan penyanyi popular Elly Mazlein hari ini telah sah menjadi isteri kepada Cikgu Azlan, seorang jejaka yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan dengan sekali lafaz.

Selebriti serba boleh itu yang memiliki nama sebenar Syarifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah lama berstatus ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2015.

Tergambar riak kegembiraan pada raut wajah pelakon kegemaran ramai itu seusai habis majlis pernikahannya dan telah sah menjadi isteri buat kali kedua.

Sebelum ini Elly Mazlein dan bekas suaminya Azmi Hatta telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Sefhia hasil perkahwinan mereka selama 11 bulan.

“Mula2 I’m scared, mama .. lepas tu dia nak lawan kite la posing.. x menahan ek Putri Sara Sefhia mama ni .. agitchuuuuuu 

“Hi papa .. sy dgr awk tgh popular skrg ni ek .. kemain awk ya”

“Venue Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre, Kuala Lumpur”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on


Ketika bergelar penyanyi Elly Mazlein sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim.

Namun begitu pada tahun 2001 Elly Mazlein mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit.

Kejayaan Elly Mazlein itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit.

Elly meneruskan kerjayanya sebagai pelakon setelah disunting oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas dan sejak itu, beliau menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.

Video Live Sekitar Majlis Pernikahan Elly Mazlein

 

Tahniah sekali lagi buat Elly Mazlein dan pasangan. Semoga hubungan yang dibina ini berkekalan hingga akhir hayat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.