Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Ini haram ni! Syaitan punya kerja!” Respon Ayah Norman Hakim Bila Nampak Tatoo di Lengannya

Norman Hakim semalam telah memuatnaik satu video di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dirinya sedang dimarahi oleh ayahnya.

Di dalam video tersebut, Norman Hakim datang ke arah ayahnya yang sedang berbaring di atas sofa dan membuka bajunya.

Dengan sengaja, Norman menunjukkan tatoo palsu di lengan kepada ayahnya untuk melihat respon si ayah.

Seperti yang dijangka, ayahnya terkejut dan memarahinya sambil mengatakan ianya haram dan memakai tatoo adalah kerja syaitan.

“Nahhh!! Video 1st impression ayah tengok saya ber #faketatoo..Mcm comel je…ye laa sbb dia dah umur 85 tahun.Cer kalau umur dia 58,sure saya kena rembat kaw kaw punya!

“Ampun ayah & makku beribu-ribu ampun,sembah anakanda harap diampun..Anakanda bergurau sahaja..Love both of u so..so..much” tulis Norman Hakim.

Lihat reaksi ayah Norman di dalam video di bawah:

Norman Hakim hanya tergelak dan segera memberitahu bahawa ianya adalah tatoo palsu untuk satu persembahan pentas.

Norman juga terus meminta maaf kepada kedua ibu bapanya sambil mencium mereka berdua.

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah Norman yang menyakat ayahnya dan memujinya yang sangat rapat dengan kedua-dua ibu bapanya.

Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon merupakan seorang pelakon yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Norman merupakan bekas juara Hero Remaja 1993/94 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam drama aksi bersiri Gerak Khas sejak tahun 2003.

Kerjaya Norman Hakim bermula apabila beliau menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 1993/94.

Hasilnya, Norman dinobatkan sebagai juara. Norman memulakan kerjaya lakonan pada 1996 dan hanya pada 1999, beliau berlakon dalam drama Idaman, memegang watak sebagai Ikmal.

Norman bersama rakan pelakon Eizlan Yusof dan Sani Salehuddin (kini ahli perniagaan) pernah menubuhkan kumpulan Impression yang mana mereka menerbitkan album pertama, Jatuh Hati pada 1999.

Kerjaya filem Norman bermula dengan menjayakan watak utama bersama Erra Fazira dalam filem Pasrah yang ditayangkan pada 8 Januari 2000, sekaligus menandakan kolaborasi sulungnya bersama Yusof Haslam, orang kuat Skop Productions.

Norman Hakim kemudian memegang watak sebagai Rafayel dalam filem Gerak Khas The Movie, juga arahan Yusof.

Filem inilah yang menemukan beliau dengan bakal isterinya ketika itu, Abby Abadi yang turut berlakon dalam filem ini.

Norman juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.

Pada tahun  2012, Norman memegang watak Joe, orang kanan Dino lakonan Aaron Aziz dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul Yusof.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.