Datin Paduka Eina Azman antara selebriti yang disenangi ramai dan dikenali dengan perwatakannya yang merendah diri.
Beliau juga merupakan seorang isteri dan ibu yang sering berkongsi resepi memasak dengan pengikut di laman sosial.
Ibu kepada dua orang anak ini sering tampil cantik menarik dan beliau juga mempunyai 1.8 juta pengikut di laman sosial Instagram miliknya.
Cantik, pandai masak dan baik hati pula
Sementara itu menerusi satu perkongsian di Instagramnya, beliau berkongsi pengalamannya membantu mereka yang memerlukan.
Pelakon cantik tinggi lampai ini bersama suami dan rakanya telah tampil membantu tiga keluarga yang kurang berkemampuan .
Datang menziarahi keluarga yang memerlukan di sekitar Kelantan
Selain itu, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman telah berkongsi sebuah video ketika mereka datang menziarahi keluarga sekitar Kelantan.
Pelakon berusia 24 tahun itu dilihat turut sebak dan tidak dapat menyembunyikan rasa itu apabila melihat keadaan daif dan serba kekurangan keluarga berkenaan.
Luluh dan sebak melihat keadaan mereka
“Assalamualaikum semua. Alhamdullilah haritu Eina, husband @datopadukakaiser dan sahabat dato @bard.hanief dan kak @farasharina berkesempatan untuk melawat dan membantu 3 keluarga susah di Kelantan”.
“Luluh dan sebak hati melihat keadaan mereka, buat anda yg mahu membantu ringankan beban keluarga-keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank di bawah atau boleh menghubungi talian di bawah”.
“Kepada yang mungkin tidak mampu membantu dari segi kewangan, minta jasa baik anda untuk doa kan mereka ya”.
Tidak kekok duduk bersila dan berbual dengan tuan rumah
Datin Paduka Eina Azman juga dilihat tidak kekok beramah mesra walaupun sinonim dengan kehidupan yang serba mewah.
Kelihatan beliau juga duduk bersembang di atas lantai sambil berbual santai dengan tuan rumah serta menghulurkan makanan untuk anak-anak kecil.
Rata-rata netizen terharu dan memuji keiklasan beliau dan kagum dengan sifat prihatin dan pemurah dalam membantu golongan yang memerlukan.