Umat Islam ketika ini sedang menjalani ibadat di bulan Ramadhan. Tanda kita sedari, telah masuk 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.
Walaupun kita masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun ibadat puasa seperti amalan tarawih dan tadarus Al-Quran masih diteruskan seperti biasa di rumah masing-masing.
Muncul Taranum Challenge
Selain itu, media sosial juga menjadi salah satu platform untuk kita sama-sama berkongsi amalan dengan yang lain.
Seperti challenge yang selalu dilakukan di media sosial, pada bulan ramadhan ini muncul pula Taranum Challenge.
Qari dan Qariah beraksi
Menerusi satu video yang tular di laman Twitter, video ini memaparkan beberapa orang Qari dan Qariah buat Taranum Challenge.
Tidak semua dari kita pandai bertaranum dan video ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada orang ramai.
Sedapnya suara alunan ayat Al-Quran
Dapat dilihat menerusi video tersebut beberapa peserta terlibat. Peserta perlu membaca ayat yang diberi secara spontan.
Tidak dinafikan kelunakan peserta-peserta Taranum Challenge ini mengalunkan ayat-ayat Al-quran sungguh menenangkan hati.
Pujian dan kata-kata positif dari netizen
Tambahan pula, kita masih berada di bulan yang mulia ini dan masih sempat untuk kita kejar amalan di 10 hari terakhir Ramadhan.
Sementara itu, rata-rata netizen juga membanjiri ruangan komen dengan kata-kata positif dan membina untuk challenge ini.
Semoga perkongsian ini memberikan kebaikan kepada semua dan selamat menjalani ibadah puasa.