Seorang yang digelar selebriti atau influencer sememangnya tidak terlepas dari sebarang kontroversi. Lebih-lebih lagi apabila mereka cukup terkenal dan disukai oleh ramai pihak.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Khairul Aming telah tmenjadi bualan ramai gara-gara sikap dan kelakuan pengurusnya.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @_NazriH , dia meluahkan perasaan tidak puas hati dan berang ketika berurusan dengan pengurus Khairul Aming.
Difahamkan, seorang pengguna Twitter yang bernama Naz ini menyifatkan pengurus tersebut berkelakuan ‘kekwat’ dan ‘puaka’.
Susulan isu tersebut, personaliti media sosial itu telah tampil membuat permohonan maaf terhadap pengguna tersebut dan segelintir pihak yang telah berhadapan dengan pengalaman ‘buruk’ yang kurang menyenangkan ketika berurusan.
Walau bagaimanapun, Khairul Aming juga menjelaskan bakal memperbaiki hal pengurusannya pada masa akan datang di bebenang laman Twitternya.
Dia telah memadam nombor pengurusnya di platform media sosial dan menyatakan dia sendiri akan mengurus segala pertanyaan tentang kerja sehingga mendapat pengganti yang baru.
Dalam pada masa yang sama, Khairul Aming mengatakan akan berhenti buat seketika untuk menghasilkan video klien, termasuk produk makanan, restoran, seminar dan lain-lain.
Malah mahu memberi fokus kepada minatnya dari 7 tahun lepas adalah untuk membuat video masakkan.
Menurutnya lagi, anak kelahiran Kelantan ini mengakui kesilapnya yang terlampau mempercayai kerja-kerja yang diurus tanpa melakukan sebarang pemerhatian kepada kualiti kerja sehingga ramai orang menerima ‘bad experience’ dengan pegurus berkenaan.
Segelintir pihak juga memberikan nasihat agar Khairul Aming mengasingkan hubungan kawan dan kerja bahkan dia juga bersetuju kerana selama ini dia ‘struggle’ dengan isu tersebut kerana pengurusnya itu juga merangkap sebagai rakan yang pernah banyak menolong dari permulaan.
Akhir kata, dia sekali lagi memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan menerima pengajaran serta cuba memperbaiki diri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian kepada Khairul Aming yang menerima teguran dengan hati terbuka. Bukan itu sahaja, ada segelintir yang mengatakan pernah menjadi mangsa yang menerima layanan buruk dari pengurusnya.
Antara komen warganet:
Perkongsian yang tular: