Siapa tidak kenal dengan influencer tersohor iaitu Khairul Aming yang sememangnya ‘famous’ dengan trademark ‘Hi guys‘ di setiap video.
Dia mula mencipta nama apabila membuat ‘30 hari 30 resipi masakan’ pada setiap kali Ramadan menjelma saban tahun sekaligus menaikkan lagi pengikutnya.
Seperti yang kita tahu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman telahpun mengeluarkan satu produk yang nyata menjadi kegilaan ramai iaitu ‘Sambal Nyet’ malah dia mengambil serius jika ada sebarang isu tentang produk air tangannya itu.
Baru-baru ini tular dimana seorang guru memberi maklum balas mengenai cara pembungkusan Sambal Nyet kerana dikatakan ianya masih tertumpah walaupun telah dibungkus dengan ‘bubble wrap’.
Susulan kejadian tersebut, Khairul Aming sendiri tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan sebab-sebab mengapa pihaknya tidak menggunakan kotak untuk mengirim Sambal Nyet tersebut pada pelanggan.
Terdapat 4 faktor utama yang dijelaskan oleh Khairul Aming.
“Faktor yang pertama adalah disebabkan oleh failure rate yang rendah.
“So setiap minggu sangat jarang ada isu-isu leaking macam ni, kalau terjadi pun ada lebih kurang dua hingga tiga botol seminggu daripada 25,000 botol terjual,” ujarnya semasa menerangkan mengenai pembungkusan Sambal Nyet.
Kata beliau, pada kadar peratusan sebanyak 0.12 peratus berlaku dan boleh dikatakan sangat rendah untuk pihaknya tambahkan kotak tambahan pada sambal.
“Faktor yang kedua adalah disebabkan time efficiency, buat masa sekarang pihak kami mengambil masa sebanyak satu minit lima saat untuk membalut dua sambal dalam satu bungkusan,” katanya lagi.
Dia memaklumkan masa yang akan digunakan akan bertambah sekiranya kotak digunakan dan mengalami kelewatan dalam membungkus sambal susulan kesan domino itu berterusan.
Dalam pada itu, Khairul Aming berkata dengan penambahan kotak pihaknya akan mengalami kekangan kos dan pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku.
“Faktor yang ketiga adalah disebabkan cost efficiency, disebabkan satu kotak berharga 0.30 sen atau 0.50 sen atau RM1 bergantung kepada saiz,” jelasnya dalam video itu.
Tambahnya lagi, beliau juga ingin memudahkan urusan penghantar bungkusan dalam mengimbas kod ketika memasukkan bungkusan ke dalam lori.
“Faktor yang keempat adalah kita nak mudahkan urusan abang-abang kurier yang scan parcel kita sebab sehari kita dapat lebih kurang dalam 2,000 parcel untuk dibawa keluar.
“Kalau kita guna kotak, kotak ni susah sikit kita nak stack dalam guni jadi nanti dia akan tinggi ke atas dan susah nak manage,” ujarnya lagi.
Walau bagaimanapun, Khairul Aming berkata pihaknya juga masih lagi mempunyai kelemahan disebabkan pihak pengeluarannya tidak sepenuhnya menggunakan mesin.
Dia turut mengaskan jika ada pelanggan yang mempunyai masalah tentang Sambal Nyet, boleh terus hubungi nombor yang tertera di belakang kad yang mana disertakan sekali bersama sambal.
Antara komen warga maya:
“Terbaik penerangannya.. siap dengan data lagi.. memudahkan pihak penjual dan penghantar..”
“Love it. Straight with facts no excuses. Such a key factor in Khairul’s success”
“Beza educated influencer dengan yang lain. Good job”
Video yang tular di laman TikTok: