Seperti yang kita tahu, TikTok merupakan sebuah platform yang terbuka kepada semua golongan masyarakat untuk membuat content yang kreatif mahupun berilmu.
Aplikasi ini bukan sahaja menghiburkan, malah bermanfaat untuk seseorang mempelajari ilmu yang baru.
Selain itu, jika orang ramai suka dengan content yang dibuat dan berjaya meraih views yang banyak, seseorang individu itu boleh menjana ‘duit tepi’.
Sama seperti seorang TikToker yang terkenal dengan tagline “Enjoy jelah” selepas membetulkan TikToker lain yang melakukan trend dengan cara yang salah.
Siapa lagi kalau bukan MamatGotNoChill atau lebih mesra disapa Mamat. Sebelum ini nama Mamat menjadi hangat di media sosial selepas kecoh khabar angin yang mengaitkannya dengan seorang pelakon cantik, Nadia Brian.
Walau bagaimanapun Mamat menjelaskan mereka berdua hanya berkawan sahaja dan semuanya hanyalah content semata-mata.
Dalam pada itu, bila sudah terkenal mestilah income pun lebih banyak kan? Berikut jawapan Mamat apabila disoal tentang pendapatannya di TikTok.
Menurut Mamat, dia turut tidak menyangka daripada niat suka-suka boleh bertukar menjadi punca pendapatan.
Pemuda ini bukan sahaja kelakar kerana cara percakapannya yang selamba, namun kerana keberaniannya yang berani menegur artis-artis terkenal tanah air!
Selain itu, Mamat berkata kebanyakan duit yang masuk adalah hasil daripada product review sehingga membolehkan dia mencapai ratusan ribu ringgit!
Menjengah ke ruangan komen video temu bual tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“aku rasa artis yg tmpang ppular die😂”
“Tuah ayam nmpak di kaki, tuah manusia tiada siapa thu”
“susah orang popular nak bagitau income.. 1 st time 🥰”
“Hahaha steady 😂”
“Masih terhibur, carry on. Ni trend dia. Positive vibe only.”
“jgn smpai dya komen bg salam nahh..”
Antara video Mamat yang tular di laman TikTok