Sejak kebelakangan ini, riuh di media sosial mengenai ragam anak-anak yang melalui hari persekolahan mereka yang baru sahaja bermula.
Begitulah kisah yang tular baru-baru ini mengenai sesi perkenalan ‘ice breaking’ yang diadakan bersama pelajar sekolah telah mencuri perhatian orang ramai.
Ice breaking merupakan suatu sesi di mana sesi perkenalan seperti permainan mini untuk mengetahui nama dan latar belakang masing-masing.
Seperti yang kita tahu, kebiasaannya sesi perkenalan dibuat sesama pelajar sekolah dan guru sahaja tetapi lain pula yang ditonjolkan dalam video ini!
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ckzlinazali di laman TikTok itu, kelihatan pekerja-pekerja kantin ataupun lebih mesra dikenali sebagai ‘mak cik kantin’ turut menyertai sesi ice breaking tersebut.
Apa yang membuatkan lebih ramai warga maya tertarik melihat video ini adalah apabila mereka memperkenalkan diri masing-masing dengan memegang sepanduk yang bertuliskan nama mereka.
Bukan itu sahaja, bahkan seorang demi seorang dilihat datang ke hadapan memaparkan diri mereka.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah meraih sebanyak 556.9K tontonan, 30.9K tanda suka, dan 1928 komen di laman platform sosial berkenaan.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai memberikan pujian terhadap pihak sekolah tersebut yang bersifat ‘inclusive’ tanpa mengira latar belakang sesiapa.
Ada yang berpendapat bahawa tindakan pihak sekolah itu bagus kerana menghargai semua yang berkhidmat di perkarangan sekolah.
Antara komen netizen:
“Bagus idea luar kotak, sekaligus menghargai segenap lapisan yg bergelar warga sekolah. Tahniah👍”
“dulu pernah ngajar sek swasta.. 4 tahun jugak la.. dan sehingga hari ini.. taa tahu nama mak cik dgn pak cik kantin 🤭 jarang g kantin”
“wah..hebat sekolah buat mcm ni..makcik kantin pun rasa dihargai 🥰”
“Percaya budak sekolah hanya ingat abg alif jeee. Hahahahahahah makcik2 yg ada akan kekal nama “makcik” 😅”
Video TikTok yang tular: