Connect with us

Viral

Percaya Murah Rezeki Curah Air Dalam Pinggan Lepas Makan, Gadis Ini Buat Waitress Panas Hati

Tidak dapat dinafikan, orang Melayu kita memang banyak mengamalkan pantang larang dan kepercayaan yang kadang-kadang tak masuk dek akal. Lebih-lebih lagi orang tua seperti ibu bapa kita.

Bila tak diikut, kita yang generasi muda ini pula yang kena marah. Bagaimanapun, kita sebagai umat Islam harus berhati-hati dengan kepercayaan orang lama-lama kerana ditakutkan menjadi khurafat.

Baru-baru ini, tular satu video oleh gadis bernama Rasyiqah Jasni di TikTok yang menunjukkan gadis itu sedang menuang air ke dalam pinggan selepas selesai makan di restoran. Tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Gadis Melayu itu seolah-olah bangga dengan kepercayaan turun-temurun yang diamalkan oleh ibunya kerana katanya dengan mencurah air ke pinggan dapat dimurahkan lagi rezeki.

“Mak pesan lepas makan letak air dalam pinggan InshaAllah rezeki tak putus”, tulisnya di ruangan kapsyen.

“Siapa macam ni, lepas makan letak air dalam pinggan?” tulisnya lagi di dalam video

Netizen tidak bersetuju dengan amalan berkenaan apabila ia menyentuh isu kepercayaan yang membawa kepada kurafat. Menurut mereka, rezeki adalah hak Allah dan tiada kaitan dengan apa-apa amalan melainkan terdapat nas atau hadis sahih mengenainya.

Untuk pengetahuan, tiada nas yang sahih mengatakan amalan membasahkan pinggan selepas makan boleh mendapat rezeki. Sebaliknya seperti yang dijelaskan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kita digalakkan untuk menjilat baki makanan pada sudu atau jari selepas makan.

Mudah-mudahan kita memperoleh berkat yang kemungkinan terdapat pada baki makanan tersebut. Nabi SAW sangat menekan soal ini agar kita tidak terlepas daripada mendapat keberkatan yang ada pada makanan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan gadis tersebut. Lebih-lebih lagi jika dibuat di restoran kerana ia akan menyukarkan lagi kerja pelayan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Bagi sy yg pernah kerja waitress agak menyusahkan sebab kdg nak cepat tak perasan ada air dlm tu blh basah sekali meja n tukang angkat tu 😅”

“Susah nak bawak, takut tumpah. Lagipun kami memang rendam dulu sebelum basuh. Kalau mangkuk takpe kot, jgn pinggan 😅”


“tapi jangan banyak sangat 😭 takut org yg cuci pinggan tu tak perasan ade air atas tu, lagi bagus kalau tolong susunkan pinggan tu 👍🏻”

“kat rumah cukup tak perlu smpai kat luar , ni kalau kat kedai makan tak perlu lah , sekali angkat habis tumpah dah 1 keje nak lap air pulak ,”

Video yang tular di laman TikTok

@rasyiqahjasmi Mak pesan lepas makan letak air dalam pinggan inshallah rezeki tak putus 🥰#fyp ♬ Bobo – XVX

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.