Connect with us

Semasa

Walau Berbeza Fahaman Politik, Muhyiddin Yassin & Anwar Ibrahim Luang Masa Ziarah Ibu Najib Razak Di Hospital

Meskipun berbeza fahaman politik, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Presiden Parti Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir meluangkan masa menziarahi ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan, Tun Rahah Mohamed Noah dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, petang tadi.

Menerusi perkongsian Facebook rasmi Najib, beliau memberitahu ibunya kurang sihat dan meminta orang ramai mendoakannya diberi kekuatan dan sembuh.

“Ramai yang datang menziarahi bonda di hospital. Saya minta saudara-saudari tolong doakan agar bonda diberi kekuatan dan sembuh.

“Ini tempoh yang amat sukar dan merisaukan untuk kami sekeluarga.

“Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta para pemimpin lain atas kesudian menziarahi bonda,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum apabila melihat Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim turut memberi semangat kepada Najib.

Malah, kebanyakan mereka mendoakan agar bonda tercinta Najib kembali sembuh.

“Ada sesuatu mengusik hati aku dalam gambar ni. Alangkah bahagianya jika semua umat islam bersatu tak kira dari parti mana.

“Inilah yang dinamakan ihsan sesama manusia walaupun berbeza fahaman politik. Semoga ibunda Dato Sri diberi sebaik kesembuhan, kesihatan, kesejahteraan dan dipermudahkan semuanya Amin, “ kata beberapa netizen.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menerusi satu perkongsian di Facebook turut berdoa agar balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak itu diberi kesembuhan.

“Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar Tun Rahah yang merupakan balu Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.