Connect with us

Selebriti

Walaupun Sarat 8 Bulan, Anzalna Tetap Masak Sahur Untuk Suami Tercinta

Pelakon cantik, Anzalna Nasir yang kini sedang sarat mengandung 8 bulan mengaku masih berpuasa di bulan Ramadhan ini.

“Alhamdulillah, saya masih aktif dan menunaikan ibadat puasa walaupun sarat mengandung lapan bulan.

Walaubagaimanapun Anzalna tetap mendapatkan nasihat doktor dan berpuasa mengikut kemampuan dirinya.

“Namun, saya berpuasa ikut kemampuan diri dan mendapat nasihat doktor,” kata Anzalna.

Tambah Anzalna lagi, dia kalau boleh mahu berpuasa sehingga menjelang kelahiran anak sulungnya nanti pada bulan Jun.

Tetapi dia tetap akan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukan apa yang dimahukannya.

“Maklumlah, usia kandungan sudah lapan bulan dan pastinya setiap apa yang mahu dilakukan perlu mendapat nasihat doktor terlebih dulu.

“Saya juga tak boleh nak cakap apa kerana ada harinya badan berasa lemah dan tidak mampu meneruskan puasa.”

Anzalna juga memberitahu ada harinya badannya berasa lemah dan tak mampu nak teruskan puasa.

“Sebab itu saya berpuasa ikut kemampuan diri kerana perlu memikirkan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan,” katanya.

Anzalna berkata, walaupun sarat mengandung dia tetap tidak melupakan kewajipannya memasak sahur untuk suaminya sepanjang Ramadan ini.

“Saya wajib masak sahur untuk suami sejak awal perkahwinan lagi.

“Saya bertuah suami tidak cerewet dan dia makan apa saja yang dimasak.

“Suami memang perlu makan sahur untuk memastikan dia bertenaga sepanjang berpuasa pada Ramadan,” katanya.

Sebelum ini, Anzalna mengumumkan dia bakal melahirkan bayi lelaki dalam satu majlis sempena pelantikannya sebagai duta eksklusif jenama produk.

Anzalna dan suami, Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 30, berkahwin pada 21 Februari 2016.

Semoga Anzalna dapat menjalankan ibadat puasa dan selamat melahirkan cahaya mata pertamanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.