Connect with us

Viral

Wanita Dilahirkan Islam Tapi Surat Beranak Tulis Kristian, Rupanya Ramai Dedah Kes Dokumen Salah Info!

Sijil kelahiran merupakan salah satu dokumen yang penting untuk setiap individu memandangkan ianya terdapat pelbagai butiran mengenai diri kita. Jadi tidak hairanlah ramai yang menyimpan dokumen tersebut di tempat yang selamat agar boleh digunakan pada masa akan datang.
Iospital phone repair gombak
Terdahulu pernah tular di mana seorang warga emas yang hanya mengetahui nama sebenarnya selepas 61 tahun kerana terjumpa sijil kelahiran.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang bernama Nur Farhana Rhenee mendedahkan bukan namanya yang tersilap ditulis sebaliknya status agama.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @farhana_calleja, wanita yang berasal dari Sabah itu tidak menyangka selama ini dia didaftarkan sebagai seorang penganut agama Kristian walaupun dilahirkan serta dibesarkan sebagai muslim.

Menurut Farhana, hal itu terjadi kerana sijil kelahiran lamanya tidak tertera status agama.

Memetik laporan mStar, Dia hanya menyedari perkara tersebut selepas menukar sijil kelahiran yang baharu pada usia 27 tahun!

“Surat beranak lama detail, jadi mereka di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) suruh buat semula. Sebab itu saya dapat yang berwarna hijau dan saiz lebih besar,” kongsinya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kekeliruan berkenaan, Farhana berkata ibunya merupakan seorang Kristian sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan bapanya.

“Ayah saya seorang Islam, ibu saya yang mualaf. Tapi ketika mereka kahwin, ibu saya sudah memeluk Islam… maksudnya mereka berdua Islam ketika berkahwin sebab negara kita tak boleh kahwin campur (berlainan agama).”


“Tapi surat beranak ibu saya tertulis Kristian… surat beranak memang tak boleh diubah… kad pengenalan boleh. Disebabkan itu, mereka ikut agama saya seperti agama ibu di dalam surat beranaknya.”

“Mungkin terlepas pandang atau hal lain, sebab itu mereka minta berurusan di JPN Sabah semula,” terangnya.

Farhana juga mengakui dia turut terlepas pandang kerana tidak menyedari status agama yang sepatutnya ada di kad pengenalan.

“Agama saya memang Islam, saya tak tukar agama. Cuma dalam sijil lahir itu saja tersalah. Saya masih Islam lagi,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rta-rata warga netizen menyifatkan perkara tersebut sering kali berlaku malah ada juga yang berkongsi pengalaman di mana butiran diri dalam sijil lahir turut tersalah ‘key in’.

Video yang tular di laman TikTok:

@farhana_calleja Ntah lha adikk🫠 . #kecelaruanidentiti #bornmuslim #jpnsabah #blessed #tiktoksabahan #fypシツ ♬ suara asli – yo–yaa❤ – teman hijrah ❤

@farhana_calleja Replying to @Newbie ♬ original sound – Farhana🕊🤍

Continue Reading
Advertisement