Jodoh dan pertemuan semuanya telah ditetapkan olehNya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun Dia yang menentukan segalanya.
Tiada sesiapa mampu mengubah dan mengetahui apa yang bakal terjadi, jadi perkara yang terbaik adalah terus bersikap positif dalam apa jua perkara yang berlaku.
Malah, ramai diantara kita tidak menyangka jodoh yang ditentukan olehNya kadang-kala berada di kalangan kita tanpa kita sedari.
Pilih bekas kekasih kakak sebagai teman hidup
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh seorang pengguna bernama Shieymaemma, beliau berkongsi sendiri bersama pengikutnya kisah hidupnya yang berjaya mencuri tumpuan ramai.
Apa yang menarik adalah apabila dia memilih jejaka pilihan hatinya untuk melayari bahtera perkahwinan adalah bekas kekasih hati kakaknya suatu ketika dahulu.
Kakak dan suaminya masing-masing mempunyai kehidupan sendiri
Walaubagaimanapun, wanita ini turut menjelaskan hubungan kakaknya dengan suaminya adalah kisah lama ketika mereka di usia remaja.
Malah menurut Shieyma, kakak dan suaminya telah lama move on dari perkara tersebut dan masing-masing mempunyai kehidupan sendiri.
Kisah lampau tidak langsung jejaskan hubungan mereka
Ujar wanita ini lagi, kisah lampau yang timbul antara kakaknya dulu tidak langsung menjejaskan hubungan mereka.
Sedari awal, kakaknya merupakan orang kuat dibelakangnya yang membantunya merancang semua persiapan perkahwinan sehingga majlis berlangsung.
Kakak adalah tunjang utama yang membantu uruskan perkahwinannya
Jelas Shieyma lagi, kakaknya adalah tunjang utama pada hari bahagianya berjalan dengan lancar dan meriah.
Beliau turut bersyukur memiliki kakak yang baik dan menghargai semua jasa serta pertolongan kakaknya.
Raih hampir setengah juta tontonan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kisah yang dikongsikan oleh Shieyma itu.
Namun begitu, mereka turut mendoakan agar pasangan ini akan bahagia hingga ke akhir hayat dan mengagumi hubungan mereka sekeluarga yang erat dan harmoni.
Perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah meraih hampir 500,000 setelah dimuat naik.