Air Barli adalah salah satu minuman kegemaran ramai orang terutama jika makan di restoran.
Tetapi tahukah anda barli juga merupakan bahan yang bagus untuk menurunkan kolestrol di dalam badan.
Menurut satu posting di facebook, Puan Sumaiyah Abdullah berkongsi kebaikan barli dalam merendahkan kolestrol dan juga menurunkan berat badan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
TIPS DAN CARA MENURUNKAN KOLESTEROL DAN BERAT BADAN
Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.
BAHAN-BAHAN:
- 3 sudu besar Biji Barli,
- 2-3 sudu kecil Madu,
- 3 gelas air,
- 1 hirisan lemon
NOTE: Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.
CARA-CARA:
Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam. Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air.
Gunakan api yang kecil atau sederhana. Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk. Kemudian sejukkan.
Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli (Boleh juga nak ganti dengan gula).
Perahkan sedikit lemon atau masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum.
Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betul-betul menyegarkan.
Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan. Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi.
Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya:
1.Menyejukkan badan.
2.Barli bersifat anti-bakterial. Bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
3.Mengawal gula dalam darah.
4.Mencegah jangkitan saluran kencing.
5.Mencegah batu karang.
6.Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu.
7.Salah satu proses detoksifikasi.
Okey. Selamat mencuba.
Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman daripada penulis. Jika anda mengalami masalah kolestrol tinggi yang melampau, sila dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.