Biasanya kalau makan di kedai tomyam terutamanya tukang masak adalah orang Siam, kerabu sotong ala thai pasti menjadi santapan bersama keluarga.
Walaupun nampak ringkas saja, tetapi melihatnya saja boleh kecur air liur dan biasanya sepinggan memang tak cukup kalau berkongsi.
Di dalam satu perkongsian di Facebook, Khaidijah Mamat berkongsi resepi Kerabu Sotong Ala Thai dan cara mudah untuk membuatnya.
Jom kita ikuti perkongsian beliau.
Bahan-bahan Membuat Kerabu Sotong Ala Thai:
- 1/2 kg sotong
- 1 biji bwng besar
- 4 ulas bawang putih
- 8 biji cili padi
- 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
- 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
- 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
- 1 biji tomato – potong dadu
- Sedikit daun ketumbar
Cara membuat Kerabu Sotong Ala Thai:
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bawang putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
6. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pambaca.