Detik kehadiran cahaya mata adalah momen indah yang dinantikan oleh setiap pasangan yang sudah berumah tangga.
Setiap wanita akan mempunyai perjalanan yang berbeza semasa kehamilan dan juga semasa proses melahirkan anak.
Ramai ibu diluar sana berkongsi pengalaman kelahiran yang sihat dan tidak berdepan sebarang masalah.
Pengalaman pahit ketika bersalin
Namun begitu, ada segelintir ibu yang mengalami komplikasi sewaktu kelahiran dan berdepan pelbagai risiko kesihatan ibu dan bayi.
Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang bernama Shuzery ini yang berkongsi pengalamannya di media sosial.
Air ketuban masuk ke saluran lain
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikToknya, wanita ini berkongsi pengalaman pahit ketika bersalin.
Menurut doktor yang merawat wanita ini, punca adalah apabila air ketuban telah masuk ke dalam saluran lain semasa bayi lahir.
Rahim terpaksa dibuang
Untuk mengelakkan sebarang risiko dan juga komplikasi lain, doktor memberitahu rahimnya terpaksa dibuang.
Shyzery mengakui sangat sedih mendengar berita itu apabila mengenangkan dia tidak boleh mengandung lagi.
Beritahu suaminya untuk berkahwin lain jika mahu menambah zuriat
Oleh kerana berasa sedih dengan keadaan yang menimpa dirinya, Shuzery turut memberitahu suaminya untuk berkahwin lain jika mahu menambah zuriat.
Apa yang menyedihkan, oleh kerana komplikasi tersebut tangan, leher dan beberapa bahagian badannya turut lebam.
Walaupun sudah 3 bulan kejadian tersebut berlaku, Shuzery masih lagi dalam fasa untuk sembuh sehingga ke hari ini.
Netizen kagum dengan pengorbanan ibu ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan Shuzery akibat dari komplikasi yang dialaminya.
Mereka turut kagum dengan semangat dan kecekalan wanita ini melalui pelbagai dugaan untuk kembali sembuh.
Malah, netizen turut mendoakan ibu ini kembali sihat dan kagum dengan pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan zuriat.
Perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok itu telah meraih hampir 500,000 tontonan setakat ini.