Penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh agama Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.
Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.
Tiada siapa pun yang mendirikan rumah tangga ingin gagal dalam perhubungan takan tetapi siapa lah kita yang ingin menolak takdir Allah kerana sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sepasang suami isteri terpaksa menggunakan jalan terakhir iaitu dengan penceraiaan atas talian mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang tular itu, memaparkan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Aziah hadir ke sesi penceraian dalam talian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Tampak ayu dengan mengenakan jubah hitam, dia kelihatan duduk dengan tenang di dalam sebuah pejabat di mahkamah tersebut sebelum mendengar suara suaminya melafazkan cerai.
“Allah adalah sebaik-baik perancang. Empat tahun bercinta, setahun perkahwinan,” – Tulis.
Wanita ini hanya mampu memegang dadanya setelah mendengar lafaz cerai daripada mulut suaminya melalui atas talian.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 270.4K tontonan, 23.9K tanda suka, 1160 komen dan 1178 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen naik bulu roma mendengar ‘kalimat’ ngeri daripada mulut lelaki itu dan ada juga yang ‘salute’ dengan wanita ini yang kekal tenang ketika sesi penceraian itu berlangsung.
Dalam masa yang sama, ramai diantara para netizen mendoakan agar wanita cekal ini terus kuat dan mendapat jodoh yang lebih baik kelak.
“takda niat utk bkk aib”
“tenang je muka dia tapi dalam hati remuk”
“aku nak nangis tengok benda ni, pertahankan hubungan yang takd makna”
“insyaAllah selepas hujan ada pelangi”
Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Sehebat mana pun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita.
Apa-apa pun semoga wanita ini terus kuat dalam menempuh setiap liku-liku kehidupan dan berjumpa dengan jodoh yang jauh lebih baik kelak.