Connect with us

Viral

Wanita Luah Rasa Kesal, Penghantar Makanan Marah ‘Order’ Waktu Hujan!

Bukan perkara baru apabila isu mengenai penghantar makanan dan pelanggan kini tular kembali.

Iospital phone repair gombak

Terbaru, seorang wanita berkongsikan pengalaman pahitnya mengenai penghantar makanan yang bersikal buruk terhadapnya.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh wanita tersebut di laman Grup B40 Buat Perangai Harini di Facebook, dia mendakwa bahawa dirinya dimarahi oleh penghantar makanan kerana membuat pesanan sewaktu hari hujan.

Pelanggan wanita yang menggunakan nama TeamSecret Min itu turut menegaskan bahawa dia sebenarnya telah membuat pesanan sebelum cuaca hujan lagi.

Tidak cukup dengan itu, penghantar makanan itu juga memberikan amaran terhadapnya agar jangan memesan makanan pada waktu hujan kerana ia akan menyukarkan penghantar makanan yang lain.

Wanita itu meluahkan rasa marah dan kesal lantas mempertikaikan tugas penghantar makanan haruslah menerima sahaja pesanan tanpa mengira waktu demi mencari rezeki.

“Sebelum kau jadi rider, kau kena terima semua benda. baru kau akan berjaya. Ini kau bargain dengan rezeki, tak padan dengan mindset B40, patut lah tak akan berjaya,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan hantaran wanita itu dan berkongsikan pengalaman mereka yang turut dimarahi oleh sesetengah rider.

Ada juga warganet yang berpendapat bahawa sebenarnya rider lebih suka bekerja pada waktu hujan kerana mendapat pesanan yang lebih banyak dan lebih tinggi harganya.

Antara komen netizen:

“Aku pernah order dngan mamat foodpanda yg sewel.. dia ckp camni kt aku “Aku dahla penat, yg kau order pehal, satu keje lak nak hantar kt kau” padahal time tu tak hujan pon aduh 😭😂😂”

“Kalau taknak kerja time hujan patut dia off je la phone dia, kalau dia on maknanya dia sedia untuk kerja kan. Apa masalah rider2 ni”


“Pernah juga kena, order pastu hujan turun. Rider tu call saya gtau yang dia lewat sedikit kerana hujan. Saya okay je dan faham keadaan cuaca. Janji ada communication. Tak perlu nak marah².”

“Ada ye rider complaint camni. Pelik jugak 😂 sebab lagi deme suka order masuk time hujan. Sebab rider kurang. Customer pulak suka order time² macam tu. Mmg boleh pulun”

Continue Reading
Advertisement