Terdapat pelbagai isu berkait dengan penghantar makanan dan juga pelanggan malah ada yang sehingga berlaku salah faham dan akhirnya tular di media sosial.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Twitter yang merupakan pembuat dan penjual kek telah meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila kek pelanggannya yang dihantar oleh rider telah hancur.

Bukan itu sahaja, dia juga berang apabila rider mengatakan kek yang dihasilkan itu adalah kek murah.

Susulan perkara tersebut, wanita itu meminta rider untuk membayar ganti rugi sebanyak RM113 kepadanya namun rider hanya membuat pembayaran sebanyak RM 110 dan masih tidak cukup RM 3.

Bagaimana pun, ramai daripada netizen yang mengecam semula perkongsian wanita tersebut yang dianggap sangat biadap dan salah faham dengan kata-kata rider tersebut apabila rider itu mengatakan upahnya murah bukanlah merujuk kek.

Bukan setakat memarahi rider malah penjual kek tersebut mengeluarkan ayat yang bersifat racist.
Berikut antara komen warga maya: