Connect with us

Viral

Wanita Tak Sedar Hamil 9 Bulan, Bersalin Seorang Diri Dalam Tandas

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati pasangan suami isteri selain dikurniakan cahaya mata. Malah, kehadiran anak itu, sering dianggap pelengkap kebahagiaan dalam rumah tangga.

Tidak cukup dengan itu, pasti pasangan yang akan bergelar ibu dan bapa ini sudah sibuk melengkapkan barang keperluan bayi sebelum kelahiran.

Kebiasaannya, wanita yang hamil akan mudah perasaan dirinya berbadan dua dari segi fizikalnya yang berubah, berlakunya mual-mual, selera makan yang berbeza ataupun dari segi jadual kedatangan haid.

Namun lain pula ceritanya dengan sebuah kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini tidak tahu dia hamil sehinggalah dia bersalin mencuri tumpuan orang ramai.

“kami dikejutkan dengan kehadiran bayi ajaib.. selama 9 bulan Allah rahsiakan kehadiran dia dari dalam kandungan sehingga saatnya tiba”

Di fahamkan, wanita yang bernama Nur Maisarah Binti Samia’am pergi ke toilet kerana sakit perut namun tiba-tiba dia bersalin sendirian. Wanita ini terpaksa menunggu hampir sejam kerana tiada siapa yang menyedari panggilan yang tidak bermayanya sebelum didatangi ibunya pada pukul 4 pagi

“kakak turun toilet jam 3 pagi sebab perut dia sakit, so dia bersalin dalam toilet dan duduk dekat toilet lebih kurang 1 jam sebab tiada siapa sedar dia ke toilet”

“memang tak ada sesiapa dengar baby menangis, so memang kakak tak berdaya dah dalam toilet, tapi baby dah celik mat dan lahir dengan sempurna sifat sempat dia menyusu dengan ibunya”

“4.00 a.m kebetulan ibu bangun ke dapur jadi kakak panggil ibu tengok dia dekat toilet.. ibu terkejut ingatkan kakak keguguran sebab memang nampak darah je rupanya kakak beranak, sangat terkejut”

Mengulas lanjut, dikatakan nurse pun turut ‘pening’ apabila wanita ini tidak memegang ‘buku pink’ apabila diminta dan mengakui tidak tahu dia sedang hamil.

Namun walaubagaimana pun, wanita ini dan anaknya yang baru lahir berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Video yang tular di laman TikTok:

@mzxraa Kuasa Allah 🤲🏻 9 bulan dalam kandungan tanpa diketahui oleh ibunya sendiri 🥺 Part 1 #berandafyp #fypage ♬ original sound – Gaseh channel – 🇵🇸GASEH CHANNEL🇵🇸

@mzxraa Reply to @nurdxlia Part 2 😍 Kun Fayakun (jika Allah kata jadi, maka jadilah) 🤲🏻 1 dalam seribu 🥺 baby ajaib 🤭 #berandafyp #fypage ♬ original sound – mzxra

@mzxraa Welcome baby ajaib 😆Assalamualaikum, nama saya Muhammad Khalish Wafiq 🌹#berandatiktok ♬ original sound – mzxra

Digelar ‘bayi ajaib’, bayi lelaki tersebut dinamakan sebagai Muhammad Khalish Wafiq Bin Norkazaruddin.

Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telahpun meraih 313.3K tontonan, 25.1K tanda suka, 1453 komen dan 802 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan anugerah yang dikurniakan oleh Alah kepada wanita ini dan ada juga ‘pejuang garis dua’ yang berdoa agar dia juga diberikan kurniaan cahaya mata seperti wanita tersebut.

“2 tahun tak ada anak, sekali pregnant 5 bulan baru perasan pregnant kembar”


“sebab tu ada ayat.. sembunyikan pertunangan.. hebohkan perkahwinan.. sembunyikan kehamilan.. hebohkan kelahiran..”

“Subhanallah.. besarnya kuasa tuhan sekalian alam..”

“ajaibnya.. memang unexpected”

“alhamdulillah tahniah.. terkejut besar saya..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.