Ramai yang berfikir rezeki hanya datang daripada bentuk wang semata-mata namun tanpa kita sedar definisi rezeki itu sendiri sangatlah luas kerana mempunyai kesihatan yang baik, keluarga yang harmoni, kawan yang ada tatkala susah senang, pekerjaan yang selesa dan dikelilingi orang yang baik juga merupakan satu rezeki.
Tidak dinafikan, ramai yang lebih gemar menggunakan pengagkutan awam seperti bas, kereta api, MRT, LRT dan banyak lagi.
Bukan apa, sudah lah lewat nak pergi ke kerja, satu hal pula nak tempuh jem. Terkadang isu bayar parking yang mahal pun boleh jadi penyebab utama ramai memilih pengangkutan awam apatah lagi jika bekerja di tengah-tengah bandaraya.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini seorang pengguna pengangkutan awam merakamkan situasi wanita yang tertumpah air di dalam bas mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @92tuodoh92, kejadian berlaku di Singapura dan wanita itu secara tidak sengaja menumpahkan secawan kopi di lantai. Walaupun ia sesak dengan ramai penumpang, dia cuba mengelap minuman tersebut menggunakan tisu.
Orang ramai yang berada disitu dilihat hanya memberikan ruang tanpa membantu wanita tersebut menyelesaikan masalah air tumpah berkenaan.
Namun apa yang membuatkan ramai terharu adalah, seorang lelaki berpakaian serba putih mencapai satu paket tisu yang dibawa bersama lalu menghulurkannya pada dia.
Terkejut dengan pemberian tersebut, wanita itu kelihatan sangat berterima kasih dan menerima pemberiannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap lelaki tersebut yang menghulurkan bantuan dan tidak sampai hati melihat wanita tersebut membersihkannya seorang diri.
Bukan itu sahaja, netizen juga memuji tindakan wanita berkenaan yang bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi. Manakan tidak, dia tidak sengaja menumpahkan air itu namun tidak membiarkannya begitu sahaja.
Antara komen warga maya:
“Bagus akak ni.. dia bersih kan.. ada separuh orang air tumpah buat tak tau je..”
“Besar ikap tanggungjawab dia..”
“Dalam banyak2 orang cuma ada sesetengah je yang sudi tolong and hulur apa yang patut”
“Orangnya bertanggungjawab bersihkan semula tak tinggalkan macam tu je.. the boy give her wet tissue both have a good manners”
Video yang tular di laman TikTok: