Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Undilah saya,” Wany Hasrita Selamba Pandu Lori Buat Netizen Kagum

Penyanyi Wany Hasrita mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video cuba memandu sebuah lori.

Menerusi perkongsian di laman sosial Twitter, Wany berkongsi video tersebut buat tatapan umum.

“Hai, sedangkan lori pun saya boleh handle, inikan lagi masa depan kita. Undilah saya,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi lima saat itu, Wany melambai-lambai tangannya ke arah luar sebelum memandu lori tersebut dengan cermat.

Di ruangan balas, rata-rata wargamaya kagum melihat kebolehan Wany memandu sebuah lori.

Malah, ramai yang berpendapat wajah Wany saling tak tumpah seperti ADUN Ketari, Young Syefura Othman.

“Perempuan yang bawa manual ni sangat rare ye.. lori pulak,” komen seorang wargamaya.

“Kalau mcm ni punya gaya, confirm sepenggal lagi sebagai adun ketari!” usik seorang wargamaya.

“Wahh pandai bawak lori.. Terbaiklah.. @wanyhasrita_ rasa tercabar sangat bila tengok orang perempuan pandai bawak lori,” puji seorang wargamaya.

“Ingatkan YB Rara tadi rupanya YBae Wany,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 10,000 tontonan oleh warga Twitter.

Sebelum ini Wany ada mengakui belum bersedia untuk mendedahkan gerangan jejaka yang didakwa kekasihnya.

Menurutnya, selagi mereka belum ada kata putus untuk mendirikan rumah tangga dia tidak akan berkongsi berkenaan hal itu.

Tambahnya lagi, dia memberitahu memegang prinsip itu selepas belajar dari pengalaman diri serta rakan-rakan artis yang lain.

“Pengalaman saya dan rakan artis membuatkan saya lebih berhati-hati berbicara soal jodoh. Saya tidak berani mahu mengesahkan apa-apa kerana masih dalam tempoh mengenali hati masing-masing.

“Saya akan mengumumkannya jika sudah ada kad kahwin siap semuanya. Bukan soal takut dia kena caras atau apa tapi itu pendirian saya,” katanya.

Wany ditemui selepas pelancaran topeng muka Himaya yang memperkenalkannya dan Erra Fazira sebagai duta baru.

Pun begitu, Wany yang juga pelantun lagu Cinta Khayalan itu memberitahu dia sudah membawa kekasihnya berjumpa dan berkenalan dengan ibunya.

“Ibu sudah berjumpa dengannya tetapi restu atau tidak itu saya tak berani nak kata kerana masih jauh lagi hubungan kami.

“Apa-apa pun sebagai ibu dia pasti mahukan yang terbaik untuk satu-satunya anaknya dia ni.

“Lagipun sepatutnya saya nak dahulukan ibu untuk kahwin, tapi itulah lihat bagaimana,” kongsinya lagi.

Kini Wany tinggal bersama ibunya yang juga seorang ibu tunggal.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.