Connect with us

Viral

Warga Emas Merangkak Naik Tangga Tanpa Dibantu, Netizen Berang Ahli Keluarga Pentingkan Diri

Sering kali kita dengar anak-anak merupakan ‘anugerah’ terindah buat insan yang bergelar ibu dan bapa.

Namun tanpa kita sedar, apabila seeorang anak itu semakin membesar, ibu dan bapa ini juga merupakan sebuah ‘amanah’ buat mereka apatah lagi jika ibu bapa jatuh sakit ataupun sedang uzur. Pastinya yang terbaik kita berikan untuk bahagiakan mereka.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak langsung tidak menghiraukan ibunya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @iz_zuan, kelihatan seorang warga emas berjalan dengan perlahan dan terhincut-hincut.

Apa yang lebih menyedihkan adalah, warga emas tersebut dilihat terpaksa merangkak untuk naik ke tangga kerana takut terjatuh gara-gara tidak stabil.

Kedengaran juga suara perakam yang mengatakan pada awalnya warga emas tersebut datang bersama ahli keluarga namun entah mengapa dia ditinggalkan di belakang sementara ahli kelarga yang lain menonong masuk dahulu.

“kasih ibu membawa ke syurga.. situasi yang tak seharusnya berlaku..” kata lelaki ini.

Video yang tular di laman TikTok:

@iz_zuan89 kasih ibu membawa ke syurga #ibu #syurga #kasihibu ♬ bunyi asal – Ridzuan abd rashid

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 337.8K tontonan, 23.3K tanda suka dan 687 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan nasib warga emas itu sekaligus berang dengan sikap ahli keluarga yang hanya pentingkan diri sendiri.

“Ya Allah, kalau lah itu mak aku… aku mesti pimpin dia. Hargailah mak korang selagi masih ada. Orang yang tiada mak ni sedih, tahu tak tengok macam ni,” kongsi seorang pengguna TikTok.

“Lain kali tak payah bawa mak kalau tak boleh pimpin,” ulas seorang netizen pula.

“Kalau aku yang dalam kereta ni, aku tak tengok je. Aku keluar pergi tolong mak cik tu. Dengan tongkat takda. Kesian tengok mak cik tu jalan. Naik tangga pun susah dah,” luah seorang lagi netizen.

“Aku tak boleh tengok benda macam ni, sed1h,” satu lagi komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Namun, ada juga yang menyatakan ketidakberanian untuk menghakimi seseorang hanya berdasarkan daripada rakaman video.

“Aku tak berani nak judge dari video pendek ni. Kot mak cik tu memang keluar seorang tak bagitau anak dia,” ulas wargamaya.

“Macam mana boleh tahu kat depan tu anak-anak dia? Tanya seorang lagi pengguna TikTok.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.