Connect with us

Viral

Warga Sekolah Beri Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Guru, Undang Sebak & Pujian Ramai

Tidak dapat dinafikan, berbeza agama, budaya dan kaum bukanlah satu halangan untuk kita tidak menghormati antara satu sama lain. Malah setiap perayaan di negara ini juga sering disambut bersama-sama. Namun memberikan penghormatan terakhir buat seseorang yang berlainan agama adalah satu perkara yang jarang kita lihat.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, sama juga kisahnya dengan warga sebuah sekolah ini yang telah kehilangan seorang guru yang dikatakan sangat baik, tidak pernah marah dan turut sayang akan pelajarnya.

Baru-baru ini tular sebuah video dimana rata-rata warga sekolah telah memberikan penghormatan yang terakhir buat gurunya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @fiza_luv ini memaparkan sebuah kereta yang membawa mendiang guru tersebut melalui kawasan di hadapan sekolah berkenaan.

Dalam rakaman tersebut juga, kelihatan suasana sedih dan hiba apabila melihat murid-murid serta guru-guru yang sedang berbaris memberikan tabik hormat sehingga kenderaan tersebut hilang dari pandangan mereka.

Menurut wanita ini, mendiang guru yang bernama Liew ini telah diserang tekanan darah tinggi ketika pulang dari sekolah sehingga ‘bleeding’ di otaknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut mengalirkan air mata dan sebak apabila melihat video tersebut. Bukan itu sahaja, mereka juga menyifatkan ‘aura’ guru itu membuatkan mereka terasa dengan kehilangannya serta ada yang menganggap kepergiannya mesti akan dikenang sehingga akhir hayat.

Antara komen warga maya:

“auranya sampai kesini..siapa ye cikgu ni..mesti dia seorang guru yang sangat-sangat baik, disantuni dan disayangi hingga ke saat akhir..”


“sure mendiang seorang guru yg baik..biar berbeza agama,jka dia baik dgn sesama manusia,pasti akan dikenang sampai ke akhir hayat..”


“kenapa saya mau nangis…pasti ada buat kebaikan luar biasa cikgu ni..rip cikgu liew..”

“turut berdukacita..mesti mendiang seorang guru yang terlalu baik sangat..”

“knapa saya mau nangis .. pasti ada buat kbaikan luar biasa cikgu ni ..rip cikgu liew..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@fiza_luv😢RIP Liew

♬ original sound – Kakpikah – Tiyascarves

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 917.5k tontonan, 74.9k tanda suka, 1977 komen, 2383 simpanan, 1140 perkongsian di laman TikTok.

Continue Reading
Advertisement