Connect with us

Selebriti

Warna Dinding Rumah Dikritik, Wan Aishah Tampil Bidas Kecaman Netizen

Sudah menjadi lumrah, apabila bergelar seorang selebriti pasti ada sahaja perkara yang tidak kena di mata segelintir netizen. Bukan itu sahaja, kehidupan mereka pun mesti ada sahaja yang mahu sibuk.

Iospital phone repair gombak

Sama juga kisahnya dengan seorang penyanyi bertaraf lagenda, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah yang terkenal dengan lagu “Janji Manismu” ini apabila warga maya mempertikaikan pemilihan warna cat rumahnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, menunjukkan foto dirinya yang berlatar belakangkan sebahagian rumahnya berserta kapsyen menjawab persoalan tersebut.

Menurut Aishah, dia menyifatkan seseorang itu perlu menyimpan pendapat sendiri jika ingin berkata tentang hal orang lain.

“Terkadang orang perlu belajar untuk tidak berkongsi pilihan dan selera peribadi kepada orang lain. Tak payah nak pandai-pandai sangatlah nak komen rumah orang lain nak cat warna apa. Yang korang rasa entitled sangat dah kenapa? Kata tak sesuai, panaslah… hello kau dah pernah masuk rumah I ke?..”

“Ada seorang lagi dah diterangkan yang rumah I rumah lama jadi tak sesuai nak buat konsep cat all white. Masih jugak nak bertegas ia ‘menenangkan… macam kat rumah I’. Hadoi ada aku kisah?” katanya.

Dalam pada masa yang sama, pelantun lagu ‘Mawar Putih Mawar Merah’ ini juga mengatakan seseorang itu hanya perlu memberikan pendapat jika ditanya lebih-lebih lagi melibatkan selera peribadi orang lain.

“Macam masuk rumah orang, sama juga peradabannya dalam media sosial ini. Tak ada sesiapa minta pandangan you pun, bukan you yang duduk rumah ni. Maybe masa tu you boleh complainlah tak berkenan warna cat yang I pilih kot…”

“Sometimes we need to learn to only give our opinions only when asked. Especially if regarding things involving one’s own taste. Other wise just shut up! Anyway, orang-orang ni would never get an invite to my place…” tulisnya di ruangan kaspyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan kenyataan Wan Aishah tentang mulut-mulut netizen yang sibuk dengan hal orang lain.

Antara komen warga maya:

“yeah people sometimes need to be put at their place. They have no manners now and forget their boundaries be it online or offline..”


“Agree much. People tend to voice their opinion too freely without thinking perasaan orang yang di comment… Semoga kita senantiasa menjaga lisan kita insyaAllah. Love your creativity ..”

“Yg penting kita happy dan selesa tinggal dirumah sendiri. What other people say or comment is insignificant..”

“congrats keep healthy and happy”


Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Continue Reading
Advertisement