Berita baik untuk ahli AirAsia BIG. Anda tidak akan terlepas walau satu mesej penting semasa di udara kerana semua ahli BIG AirAsia akan diberi kemudahan WIFI percuma.
Walaubagaimanapun, WiFi percuma ini ditawarkan hanya di dalam pesawat yang dilengkapi dengan sistem Rokki. Penumpang akan diberikan kuota sebanyak 2MB untuk menggunakan aplikasi WhatsApp, Line, KakaoTalk, Viber dan WeChat.
Mereka hanya perlu menggunakan Rokki Wi-Fi di dalam pesawat dan melog masuk menggunakan akaun AirAsia BIG. Kuota data yang diberikan agak kecil tetapi mempunyai sedikit data adalah lebih baik dari tiada langsung.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web ROKKI.