Rentetan daripada kes anggota bomba, Mohd Adib dipukul perusuh, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mempersoal kenyataan yang dikeluarkan pihak Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman yang mendakwa Mohd Adib Mohd Kassim dirempuh jentera jabatan itu.
BACA: Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib.” – Tunang Bomba
Datuk Mohammad Hamdan Wahid (Ketua Pengarah JBPM) berkata tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Mohd Adib dilanggar.
Video yang viral itu memaparkan anggota bomba yang lain, dan bukan Mohd Adib.
“Dia ada bukti ke yang menyatakan Mohd Adib dilanggar? Dia tunjuk video ini? Yang berdiri ini bukan Adib, yang berdiri ini adalah Hazim,”
Walaubagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.
“Saya ingin menyatakan di sini bahawa perkara ini masih dalam siasatan polis. Saya tidak berani campur adukkan kenyataan yang dibuat ini dengan kenyataan-kenyataan lain yang sudah tentu boleh menjejaskan siasatan.”
Beliau juga mengingatkan agar jangan membuat kenyataan yang tidak berasas dan yang tidak betul berkaitan isu ini.
“Saya nak nyatakan di sini, jangan membuat kenyataan yang tidak berasas, yang tidak betul dan yang mana kita ini tidak terlibat dalam apa-apa putaran atau kitaran politik yang sedang berjalan disebabkan oleh mereka ini,”
[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Astro Awani[/su_note]