Connect with us

Viral

“Yang penting confident,” Baru Nak Selfie, Pemuda Terkejut Nampak Makcik Selamba Keluar Toilet Lelaki

Mungkin ada di antara kita yang pernah mempunyai ‘moment’ yang memalukan dimana tersilap masuk tandas semasa di tempat awam.

Manakan tidak, papan tanda jantina yang di tampal di pintu tandas pun kelihatan samar-samar dek kerana tak tahan ingin membuang air.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita tersalah masuk tandas lelaki mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @theqeel, memaparkan dia sedang berada di dalam tandas sebuah shopping mall.

Namun, semasa dia sedang sibuk merakam outfit nya di cermin tandas tersebut, kelihatan seorang wanita yang keluar daripada tandas sambil membuat muka ‘selamba’ seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku ketika itu.

Rupa-rupanya makcik itu tersalah masuk tandas lelaki. Menyedari hal tersebut, dia berjalan dengan laju tanpa memandang kiri atau kanan. Mungkin dia sendiri tidak perasaan dia sudah tersilap memasuki tandas lelaki.

Video yang tular di laman TikTok:

@theqeel salah tandas takpe yg penting confident HAHAHAHAHA btw ni tandas lelaki ye #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #fypdongggggggg ♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Ketika artikel ini ditulis, video tersebt telah mendapat jumlah tontonan yang tinggi iaitu sebanyak 1.2M tontonan, 208.0K tanda suka, 6136 komen dan 4863 perkongsian di applikasi TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat makcik tersebut dan ada juga segelintir warga netizen yang menyifatkan jika mereka di tempat makcik itu, mungkin mereka akan serik untuk menggunakan tandas awam.

“i’m invisible.. i’m INVISIBLE!!”


“bukan salah perempuan tu, salah tandas”

“muka makcik tu tak bersalah langsung la”

“the real muka terkejut mata terbeliak tengok makcik keluar tandas”

“kalau aku terus serik tak nak masuk tandas awam dah”

“makcik tu tak salah, abang yang salah hahahhahahahahaha”

 

“kalau iya pun pakai la mask malu woi”

“makcik tu tak salah yang salah mall tu”

“lelaki-lelaki semua questioning diri sendiri adakah deme yang alah masuk tandas”

Beli confident dengan shoppee atau lazada sebab ada sale 11.11…

Betul juga kata netizen, perempuan mana pernah salah.. terang-terang ni bukan salah makcik tu.. ni salah tandas tu.. siapa suruh tandas lelaki dekat dengan tandas perempuan.. kan dah tersilap.. hehehe

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.