“Yang penting ikhlas” Gadis Melayu Bersuamikan Lelaki Kelahiran ‘Chinese-British’
Sejak kebelakangan ini semakin ramai rakyat Malaysia terutamanya yang beragama islam dilihat menjalinkan perkahwinan campur bersama rakyat negara luar.
Selain keserasian, rumah tangga yang dibina ini turut mendapat restu oleh kedua-dua pasangan menyebabkan mahligai yang dibina lebih utuh dan bahagia.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, sepasang suami isteri mula jadi topik perbualan sejak semalam setelah mengenai seorang gadis berwarganegara Malaysia, bersuamikan seorang jejaka berkacukan chinese British.
“sebenarnya lelaki dari luar negara ni suka perempuan berbadan besar/chubby.”
fun fact: sebenarnya lelaki dari luar negara ni suka perempuan berbadan besar/chubby. bagi diorang plus size ni cantik dan sexy. bukan mcm sesetengah orang melayu kita ni, gemuk je hodoh, kurus je cantik. so mentaliti kelas ketiga 😥✋ https://t.co/Hn8ngQv4YU
Pasangan suami isteri ini dikenali sebagai Nina dan Hayden. Nina ataupun nama sebenarnya Amanina Syzawan Zaidi merupakan rakyat Malaysia, manakala suaminya Hayden Yau berasal dari United Kingdom.
Pasangan ini dikhabarkan telah berkenalan semasa melanjutkan pengajian di Universiti of Winchester yang terletak di United Kingdom.
“Tiada lamaran secara rasmi dilakukan oleh suami kerana kami berdua telah bersepakat untuk bersama selepas berjauhan selama dua tahun.
“Bagi kami itu juga merupakan salah satu fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.
“Kami bersyukur kerana masing-masing berjaya menjaga hubungan dengan kejujuran dan kesetiaan. Itu juga menunjukkan jodoh kami kuat, alhamdulillah.”
Nina dan Hayden juga turut mencipta saluran YouTube tersendiri bagi berkongsikan kehidupan mereka sebagai pasangan yang berkahwin campur.
Pasangan ini juga telah menerima kata-kata positif daripada kalangan netizen Malaysia dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat