Siapa yang masih lagi mengingati juara Akademi Fantasia musim ke-4? Mohammad Faizal bin Ramly atau lebih dikenali sebagai Faizal ini sememangnya masih lagi bergiat aktif dalam dunia seni. Walaupun namanya pernah terpalit dengan beberapa kontroversi, tidak lama kemudian Faizal dilihat kian menyepi.
Pun begitu, baru-baru ini nama Faizal kembali hangat diperkatakan selepas sebuah video yang memaparkan perkembangan dirinya tular di laman TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @smfhhabshee di laman TikTok ini, kelihatan Faizal berpakaian putih seragam coway bersama rakan sekerja yang lain.
Di dalam video tersebut, dia memaklumkan baru sahaja memulakan kerja bersama syarikat penyedia kelengkapan rumah terkemuka dunia, Coway (M) Sdn. Bhd. (Coway Malaysia).
“Assalamualaikum semua, ini adalah hari pertama saya berbakti bersama Coway. Ini adalah sahabat-sahabat seperjuangan saya. Sokonglah saya dan kawan-kawan yang lain. Amin,” katanya.
Namun, terdapat sebuah video yang dimuat naik olehnya sendiri, menjelaskan dia masih lagi aktif menyanyi. Walaupun bergelar penyanyi bukanlah penghalang buat dirinya untuk menceburi bidang pekerjaan yang lain asalkan rezeki yang diterimanya halal.
“Tak semestinya menjadi seorang penyanyi tak boleh menjadi peniaga. Saya bersama Coway dan masih lagi menyanyi. Jadi, rasanya tiada masalah selagi saya mencari rezeki yang halal. Saya sayang anda semua,” tambahnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya turut memberikan sokongan dalam bidang yang baru diceburinya itu. Bukan itu sahaja, mereka juga menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Faizal agar terus berjaya di masa hadapan.
Antara komen warga maya:
“Betul tu..kerja keras selagi muda..”
“Mantap abang..saya tetap sokong abang faizal af4..”
“Terbaik..semoga dipermudahkan urusan untuk coway..”
“Betul-betul yang penting rezeki halal..semoga dipermudahkan segala urusan dan reeki yang luas untuk faizal..”
“Lain dah Faizal…Feveret artis AF dulu ni..semoga sukses dalam bidang yang dicuburi..”
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1603 tontonan, 1603 tanda suka, 144 komen, 44 simpanan, 59 perkongsian di laman TikTok.